Dini Schatzmann Disangka Tiada Krja !…, Asyik ‘Berkepit’ Dngan Janna Nick Spanjang Msa…

DID4KWA seperti tiada kerja kerana asyik ‘berkepit’ dengan pelakon Janna Nick, aktor Dini Schatzmann menegaskan dia juga mempunyai karier sendiri dan sibuk dengan penggambaran.

Walau bagaimanapun kata Dini Azan Schatzmann, 28, dia cuba menggunakan masa terluang untuk berlatih sebagai jurukamera dengan mengikuti Janna kerana meminati seni visual.

“Saya ada karier sendiri dan sibuk juga dengan penggambaran. Namun saya selalu mengikuti Janna untuk bantu diri dan juga karier.

Dini 1

Janna sentiasa menegur kesalahan Dini dalam bekerja.

“Apabila saya jumpa dia, saya buat kerja saya… bukan buat kerja untuk dia. Saya memang minat bab kemera. Jadi, tempat dan masa yang terbaik untuk saya belajar adalah dengan Janna.

“Dia akan tegur kesalahan saya. Kalau saya ambil kelas dengan orang lain, mungkin progres akan slow. Kalau dengan Janna, dia akan jujur dan tak kan puji saya (jika tak memuaskan).

“Sebab itu, bila saya tak ada penggambaran, saya nak explore karier baru iaitu menjadi jurukamera,” kata Dini kepada mStar.

Kalau dengan Janna, dia akan jujur dan tak kan puji saya (jika tak m3muaskan).

DINI SCHATZMANN

PELAKON

Dini ditemui ketika majlis pelancaran produk terbaharu Janna iaitu White Fluffy di De.Wan 1958 by Chef Wan @ The Linc, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sebelum ini, percutian Janna dan Dini di London menimbulkan pertanyaan dalam kalangan netizen yang ingin tahu sama ada pasangan itu tidur di bilik berasingan atau sebaliknya.

Bagaimanapun, Janna menegaskan mereka bukan pergi berdua dan ia tidak hanya sekadar bercuti, malah menjalani penggambaran telefilem terbitan syarikatnya.

Berkongsi mengenai hubungan cinta mereka, Dini mengakui dia dan pelakon drama Misteri Mona itu mempunyai perancangan untuk berumah tangga.

Dini 2

Janna dan Dini ada perancangan untuk berkahwin.

Namun aktor kelahiran Switzerland itu memilih untuk mengunci mulut terlebih dahulu kerana masih banyak perkara yang belum dapat disahkan.

“Kami ada berbincang mengenai tarikh kahwin. Sudah tentu ada perbincangan tentang perkara itu memandangkan hubungan kami memang serius.

“Buat masa sekarang memang ada perancangan tapi saya rasa belum tiba masa untuk kongsikan. Tapi apabila semuanya sudah pasti, Insya-Allah kami akan umum,” ujarnya.

Untuk rekod, Janna dan Dini mula menjalin hubungan cinta sejak Jun 2019.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: mStar

Be the first to comment on "Dini Schatzmann Disangka Tiada Krja !…, Asyik ‘Berkepit’ Dngan Janna Nick Spanjang Msa…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*