Ayda Jebat & Nabil Mahir Belum Sedia Bawa Anak Jumpa Keluarga & Sahabat – ‘Mohon Maaf Kalau Ada Yang Berasakan Keterlalvan’

Kehidupan pasangan selebriti Ayda Jebat dan Nabil Mahir makin bahagia selepas kehadiran puteri sulung mereka, Ana Nayla.

Terbaru, Ayda, 30, tampil memohon maaf kepada keluarga dan sahabat handai kerana dia dan Nabil belum bersedia untuk mempertemukan anak mereka sejak dilahirkan pada September tahun lalu.

Menerusi hantaran di Instagram Stories, Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat  meluahkan rasa rindu untuk bertemu mereka namun terpaksa mengutamakan keselamatan dan kesihatan di kala pandemik Covid-19 ini.

Mohon maaf kepada keluarga dan sahabat handai kalau ada yang berasakan saya dan Nabil keterlaluan mengenai perkara ini. Bukan tak nak jumpa, hati memang dah rindu.

Nak gelak ketawa bersama, nak bagi jumpa bayi kami. Tapi, tanggungjawab nak jaga keselamatan dan kesihatan keluarga kita dan anda, kami utamakan.

Dalam pada itu, pelantun lagu Parah Parah mengucapkan terima kasih kepada individu yang faham dengan situasi yang berlaku.

Kami belum bersedia. Insya-Allah, satu hari nanti. Terima kasih kepada yang faham. Kami sayang anda dan rindu semua termasuklah AJ Screamer (kelab peminatnya).

Terdahulu, Nabil dan Ayda mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021 selepas mengikat pertunangan secara dalam talian pada 28 April tahun lalu ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan Ana Nayla yang dilahirkan pada 21 September tahun lalu.

Sumber: Instagram @aydajebat

Be the first to comment on "Ayda Jebat & Nabil Mahir Belum Sedia Bawa Anak Jumpa Keluarga & Sahabat – ‘Mohon Maaf Kalau Ada Yang Berasakan Keterlalvan’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*