Lagu Mengintai Dari Tirai Kamar Dinyanyikan Siti Nordiana Dipuji Ramai!

Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan anak seni bernama Siti Nordiana ini. Keperibadiannya yang lemah lembut dan memiliki suara lunak merdu, ternyata penyanyi wanita ini memiliki barisan peminatnya yang tersendiri.

Terkenal sejak berbelas tahun yang lalu, sehingga kini Siti Nordiana masih diterima baik oleh peminat industri hiburan tanah air. Terbaharu Siti Nordiana menyanyikan semula lagu popular Mengintai Dari Tirai Kamar telah mencuri perhatian ramai

Video nyanyian semula lagu berentak balada dengan penuh penghayatan oleh Siti Nordiana ini sudah pastinya telah membuatkan peminatnya terharu. Berikut adalah perkongsian penuh lagu Mengintai Dari Tirai Kamar dinyanyikan Siti Nordiana ini:

Wow, memang versi Siti Nordiana ini lain macam feel dia. Bikin tersentuh hati! Apa-apa pun video lagu Mengintai Dari Tirai Kamar dinyanyikan Siti Nordiana ini sudah pun meraih lebih 16 ribu tontonan biarpun dimuat naik tidak sampai 24 jam.

Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai rakaman ini di ruangan komen seperti berikut:

“Merdu dan syahdunya..Terasa nak menangis..Sampai di hati lagu yang Nana nyanyi…”

Screenshot at Jan 14 09-18-19

“Nak nangis dengar cover versi Kak Nana ni. Menusuk sampai ke hati dan jantung terasa sangat penjiwaan tu especially part korus tu fuhhh meremang!!”

Screenshot at Jan 14 09-18-01

“Syahdu..Indah suara hakak kita ni as usual! Bergenang ayaq mata tetiba..Terus ke hati”

Screenshot at Jan 14 09-17-37

“Merdu dan syahdu nya suara Nana menusuk hingga ke kalbu..”

Screenshot at Jan 14 09-16-44

Sumber:Himpunan Cerita Lawak

Be the first to comment on "Lagu Mengintai Dari Tirai Kamar Dinyanyikan Siti Nordiana Dipuji Ramai!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*