Dikec4m Sebab Dukung Wanita Bertudung, Zul Ariffin Hanya Jalankan Tugas – ‘Ini Adalah Dunia Bisnes, Publisiti Tetap Publisiti’

Baru-baru ini, nama pelakon kacak Zul Ariffin menjadi bualan ramai selepas aksinya mendukvng seorang wanita dalam sebuah video promosi produk bengkung tular dalam media sosial.

Menjawab isu pan4s itu, Zul, 36, menjelaskan adegan mendukvng itu tidak dirancang sama sekali. Ujarnya lagi, Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin berkata adegan seperti itu tidak patut diperbesarkan kerana dia hanya menjalankan peranan sebagai duta bagi produk tersebut.

Idea untuk melakonkan aksi pegang tangan, dukvng tersebut berlaku secara spontan. Sebenarnya kami risau juga mengenainya tetapi selepas ditonton semula, nampak okey dan kami gunakan saja.

Aksi dukvng dalam video promosi tersebut sama juga seperti apa yang saya lakukan dalam mana-mana drama. Saya dilantik sebagai duta produk tersebut kemudian saya jalankan tugas saya seperti yang sepatutnya.

Kami tak rancang pun sebenarnya aksi-aksi tersebut. Babak tersebut juga tak sepatutnya menjadi isu sebab itu sebahagian daripada kerja saya.

Zul berkata demikian ketika majlis pelantikannya sebagai duta bengkung keluaran jenama Superwoman di Concorde Hotel, Shah Alam semalam.

Sudah lali dengan kec4man netizen, pelakon filem Sangkar ini menyatakan dia sudah cukup faham dengan permainan dunia hiburan.

Mengenai krit1kan pula, perkara tersebut seperti sarapan pagi, saya telan saja semuanya. Setakat ini, aksi tersebut saya pandang hanyalah dari sebuah video pendek dan tidak lebih daripada itu.

Apa yang penting ialah mesej yang hendak disampaikan iaitu mempromosikan kelebihan produk tersebut kepada umum. Ini adalah dunia bisnes, publisiti tetap publisiti.

Bagi saya, jika perkara tersebut dilihat dari sudut positif, maka baiklah mesejnya dan sekiranya negatif, jadi buruklah isinya.

Pada awal Januari lalu, aksi mesra Pelakon Terbaik Filem Festival Filem Malaysia 31 (FFM31) mendukvng dan memegang tangan Ketua Pegawai Pemasaran (CMO) produk bengkung iaitu Bie Farah Aziz menerima kec4man hebat daripada netizen.

Video yang dimuat naik di akaun Instagram Zul itu sekaligus membuat rata-rata peminat terkejut kerana menganggap iklan tersebut tidak setaraf dengan aktor itu yang mempunyai kelas tersendiri.

Sumber:OHBULAN!

Be the first to comment on "Dikec4m Sebab Dukung Wanita Bertudung, Zul Ariffin Hanya Jalankan Tugas – ‘Ini Adalah Dunia Bisnes, Publisiti Tetap Publisiti’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*