“Suara Saya Taklah Teruk Sangat Sampai Buatkan Pendengar Muntah”

Baru sahaja melancarkan lagu single berjudul Cinta Atau Propa pada Rabu lalu, pengarah dan produser terkenal, Michael Ang akui bangga dengan pencapaian dirinya.

Menurut Michael, dia mengakui suaranya mungkin tidak sedap seperti penyanyi profesional, namun tidaklah teruk sehingga boleh membuatkan pendengar munt4h mendengarnya.

“Iya, suara saya tidaklah sedap sangat. Tapi saya cuba buat yang terbaik. Selepas dengar saya rasa suara sendiri tidaklah teruk sangat sehingga boleh membuatkan pendengar munt4h,” katanya.

Dikenali ramai dengan kelantangannya mengkritik nyanyian penyanyi lain, Michael berkata dia juga bersedia untuk dikritik oleh orang ramai.

“Semua orang ada hak untuk mengkritik. Saya juga banyak mengkritik. Kalau saya dengan seseorang penyanyi itu menyanyi tidak sedap, saya akan kritik terutama ketika pertandingan. Saya hanya kritik penyanyi yang memasuki pertandingan.

“Jadi bila saya mengambil keputusan untuk keluarkan lagu, saya kena bersedia untuk menerima kritikan orang dan saya harus terima jika dikritik,” katanya.

Ditanya sama ada lagu Cinta Atau Propa ditujukan kepada mana-mana pihak, Michael berkata lagu tersebut tiada kaitan dengan sesiapa namun jika ada yang tersinggung, dia tidak dapat berbuat apa-apa.

“Saya tidak tujukan lagu ini kepada sesiapa. Sejujurnya lagu ini tidak ada kena mengena dengan siapa pun. Saya tujukan lagu ini kepada pekerja-pekerja saya dan tentang kehidupan peribadi saya. Jadi kalau ada yang tersinggung, siapa makan cili, dialah terasa pedasnya,” katanya.

Dalam pada itu, Michael berkata dia membuat keputusan untuk merakamkan lagu single kerana mahu mencabar diri, serta menguji tahap kemampuannya.

“Saya telah buat pelbagai perkara daripada berlakon, mengarah, menulis skrip, memasak dan menjadi penerbit. Hanya ada tiga perkara lagi yang belum saya lakukan iaitu menyanyi, menulis lagu dan menulis lirik.

“Saya pernah cakap pada diri sendiri sebelum ini bahawa menyanyi adalah satu-satunya perkara yang saya tidak akan buat kerana langsung tidak yakin dengan suara sendiri,” katanya.

Sumber:ROTIKAYA

Be the first to comment on "“Suara Saya Taklah Teruk Sangat Sampai Buatkan Pendengar Muntah”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*