Pingat Perak Olimpik Pertama Negara, Ini jumlah Wang Tunai Bakal Diterima Datuk Azizul

Jaguh berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang menepati sasaran apabila menghadiahkan pingat untuk Malaysia menerusi kilauan perak dalam acara keirin di Sukan Olimpik 2020, sebentar tadi.

Saingan di Velodrom Izu, Shizuoka menyaksikan Jason Kenny mempertahankan emas selepas bijak menggunakan teknik senko iaitu serangan awal.

Biarpun pelumba Great Britain itu melebarkan jarak dalam saingan tersebut, namun Azizulhasni yang juga Raja Keirin 2017 berupaya mendekatinya dan menamatkan saingan 0.763 saat di belakang Kenny.

Gangsa diraih pemenang dua emas Olimpik Tokyo, Harrie Lavreysen dari Belanda selepas ketinggalan 0.773s di belakang Kenny.

Malaysia menutup tirai Olimpik Tokyo dengan 1 perak selain 1 gangsa, yang diraih menerusi beregu lekaki badminton negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik.

Tamatnya aksi keirin sebentar tadi bermakna, Malaysia masih belum berjaya membawa bawa pulang emas yang dinanti-nantikan di pentas Olimpik.

Sebelum itu MaIaysia meletakkan sasaran tiga pingat menerusi badminton, terjun dan berbasikal trek dalam edisi kali ini, dengan salah satu daripadanya adalah emas.

Bagaimanapun kita harus berasa bangga dengan pencapaian atlit Malaysia meskipun masih kempunan untuk membawa pulang pingat emas pertama dalam temasya Olimpik.

Berapakah imbuhan diterima kalau menang pingat di Olimpik?

Pertama sekali pihak editor nak ucapkan tahniah kepada Datuk Azizulhasni Awang sebab menang perak di sukan Olimpik Tokyo 2020.

Pasti ramai tak sangka mereka bakal mendapat imbuhan sebanyak RM300 ribu dan pencen seumur hidup lagi!

Namun adakah betul reward untuk ahli sukan memang banyak macam ni?

Merujuk kepada laman web Majlis Sukan Negara yang menyenaraikan skim insentif bagi semua sukan yang Malaysia sertai, daripada sukan SEA sampailah ke Olimpik.

Menang pingat Gangsa dapat RM100 ribu, Perak RM300 ribu, kalau pingat emas? Kami terkejut juga bila dapat tau, ganjarannya adalah RM 1 JUTA!!

Skim insentif ni dipanggil sebagai Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) yang telah ditubuhkan pada 1986.

Ia terbahagi kepada Kumpulan A dan Kumpulan B. Kumpulan A adalah untuk acara sukan terbesar seperti Sukan Olimpik (A1), Sukan Komanvel (A2) dan Sukan SEA (A3).

Kumpulan B pula adalah untuk acara yang ada satu sukan je. Contohnya macam Thomas Cup dan FIFA World Cup. Hadiah kemenangan untuk setiap kategori adalah berlainan ikut kumpulan.

Tapi untuk artikel ni kita fokus kat Olimpik sahaja.

Individu:

Emas – RM1 juta
Perak – RM3OO ribu (Datuk Azizulhasni Awang menang yang ni lah)
Gangsaa – RM1OO ribu

Kumpulan (kurang dari 5 orang dalam satu team):

Emas – RM1 Juta setiap team
Perak – RM3OO ribu setiap team
Gangsa – RM1OO ribu setiap team

Kumpulan yang melebihi 5 orang dalam satu team:

Emas – RM150 ribu setiap ahli
Perak – RM40 ribu setiap ahli
Gangsa – RM20 ribu setiap ahli

Setakat ni Malaysia tak menang pingat emas lagi tapi kita berjaya sapu empat Perak dan tiga Gangsa untuk acara terjun dan badminton pada Olimpik 2016, manakala satu gangsa pada Olimpik Tokyo 2020.

Hadiah kemenangan semua sukan sama, tiada double standard. Yang beza adalah ikut kategori je iaitu individu dan berkumpulan.

Selain daripada tu, sukan paralimpik juga dapat insentif yang sama.

Insentif ni diberi nama Skim Imbuhan Tetap Olimpik (SITO). Ditubuhkan pada 2006, SITO menjanjikan duit pencen sepanjang hayat. Setiap pingat dapat duit pencen yang berbeza:

Untuk setiap atlit:

Emas – RM5OOOsebulan
Perak – RM3OOO sebulan (mungkin Datuk Azizulhasni layak dapat ini)
Gangsa – RM2OOO sebulan

Skim Insentif Sukan Olimpik (SISO) menjanjikan duit elaun sebanyak RM2OOO sebulan. Duit elaun ni pula diberi kepada atlit yang layak ke sukan Olimpik sahaja.

Bagaimanapun apa yang dilampirkan di atas cuma anggaran sahaja, barangkali Datuk Azizulhasni bakal mendapat lebih imbuhan sebaik pulang ke Malaysia.

Kerajaan negeri Terengganu pula takkan tak bagi apa-apa, yer dokk??

Sumber:asiakini, thebolalive, aka sohor

Be the first to comment on "Pingat Perak Olimpik Pertama Negara, Ini jumlah Wang Tunai Bakal Diterima Datuk Azizul"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*