Video Jep Menyakat Rahim, “10x Ulang Pun Gelak”

Pelawak yang kini bergelar juruhebah radio, Jep sering kali mencuit hati ramai dengan gelagatnya. Nama pun pelawak bukan? Memang tidak lari daripada gelagat kelakar bila bersama rakan-rakan. Malah sering juga berkongsikan video menarik menerusi laman Instagram peribadinya dan juga Sinar_my.

Merupakan suami kepada pelakon Sari Yanti, baru-baru ini gelagat Jep yang mengusik rakan penyampai di radio Sinar, Rahim membuatkan ramai terhibur. Dalam video itu kelihatan Rahim sedang berjalan menuju ke tandas sambil diekori Jep yang sedang merakamkan gelagat kawannya itu. Rahim berjalan tanpa sedar gerak gerinya itu dirakamkan.

Tiba-tiba Jep menyergah Rahim hingga membuatkan sahabatnya itu terkejut. Video Jep menyakat Rahim itu telah dimuat naik menerusi laman Instagram Sinar_my seperti berikut:

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Hahaha ! Macam mana @rahimr2 boleh tak sedar ada @jepsepahtu ikut dia dari belakang. Tapi muka terkejut tu memang kelakar 😂 #PagiDiSinar

Siaran dikongsi oleh SINAR (@sinar_my) pada

Memang boleh terkejut kalau macam itu sekali dia sergah. Entah apa pula yang tengah dalam fikiran Rahim ketika itu. Suka betul Jep mengusik Rahim ya! Video Jep menyakat Rahim tersebut telah meraih hampir 10 ribu tontonan dan lebih 13 ribu likes.

Rata-rata netizen meningg4lkan reaksi mereka mengenai video tersebut di ruangan komen seperti berikut:

“Happy ja hari-hari dengan kawan-kawan kuat nyakat”

“10 kali ulang pun gelak”

“Nasib baik takde s4kit jantung Rahim”

 

SumberInstagram Sinar via HCL

Be the first to comment on "Video Jep Menyakat Rahim, “10x Ulang Pun Gelak”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*