“Orang Tak Nampak Kami Struggle!” – Buka Kedai Runcit, Lan Solo Akui Ramai Ingat Dia Hidup Senang Dengan Cara Mudah

MENJALANI kehidupan yang agak selesa selepas memulakan perniagaan runcit iaitu Solo Borneo Mart, penyanyi Lan Solo mengakui tidak terlepas daripada tanggapan negatif segelintir pihak.

Lan atau nama sebenarnya Mohamed Razlan Yusof, 35, berkata, dia sedar terdapat pihak yang menganggap rezeki dan kemewahan dikecapi hari ini datang secara mudah.

“Mungkin ramai yang nampak kehidupan kami selesa… bercuti sana-sini dengan anak-anak macam bukan orang susah.

“Mereka pertikaikan dari mana kami dapat duit banyak-banyak. Kami tak ada la tunjuk yang kami ni kaya raya di laman sosial. Kami bersederhana sahaja sebenarnya.

Lan dan isterinya, Sheila memulakan peniagaan makanan Borneo sejak November 2019.

“Orang ingat kami berjalan sana-sini beli itu beli ini, kami duduk goyang kaki agaknya.

“Selain bernyanyi saya juga berniaga, kadang-kadang orang tak faham benda-benda macam tu. Orang nampak yang indah-indah, orang tak nampak kami struggle daripada bawah,” katanya kepada mStar.

Lan bersama isterinya Nur Sheila Hassim memulakan perniagaan bekalan barangan kering dan basah dari Borneo iaitu Sabah, Sarawak dan Brunei sejak lapan bulan lalu.

Ceritanya, dia dan Sheila memulakan perniagaan secara kecil-kecilan selepas penyanyi itu sering mendapat kiriman barangan basah setiap kali membuat persembahan di Sabah dan Sarawak.

Sheila di salah sebuah gudang bekalan makanan basah dan kering di Sabah.

“Saya selalu ulang alik dari Sabah dan Sarawak untuk mengadakan persembahan. Jadi, ramai kenalan selalu kirim makanan dari sana.

“Ini memang makanan yang orang kata rare la, makanan legend keluarga Borneo.

“Bila banyak kiriman, saya dan isteri terfikir untuk buka kedai yang membekalkan makanan Borneo.

“Dari situ, kami terdetik untuk mulakan perniagaan kecil-kecilan dahulu. Kami ugrade sikit-sikit sampailah sekarang kami dah ada kedai,” ujarnya.

Banyak yang terpaksa kami korbankan terutama masa dengan anak-anak.

LAN SOLO

PENYANYI

Bercerita tentang pengorbanan yang terpaksa dilalui pada awal perniagaan ini, Lan berkata banyak masa mereka bersama anak-anak terbuang kerana terlalu sibuk menguruskan bekalan barangan runcit.

Tambahnya, dia juga perlu bijak menguruskan masa antara kerjaya seni, perniagaan runcit serta keluarga dan teman-teman rapat.

“Memang banyak yang terpaksa kami korbankan sepanjang proses nak menjayakan perniagaan ni terutamanya masa dengan anak-anak… masa kami sendiri.

Lan bersama isteri dan anak-anak mereka.

“Kadang-kadang isteri sibuk dengan kerja dia, saya pun sibuk dengan kerja saya… itu yang kami perlu buat di peringkat awal.

“Kadang-kadang kalau nak berjumpa dengan kawan-kawan pun kami akan berjumpa berdekatan dengan kedai saya sebab nak menguruskan kedai runcit ini memerlukan fokus yang lebih,” ujarnya.

 

Sumber: mStar 

Be the first to comment on "“Orang Tak Nampak Kami Struggle!” – Buka Kedai Runcit, Lan Solo Akui Ramai Ingat Dia Hidup Senang Dengan Cara Mudah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*