Sherry Alhadad Terjebak Buat ‘Tiktok’ Lagu Baru Blackpink, Video Style Habis!

Nampaknya, penangan lagu baru kumpulan dari Korea iaitu Blackpink berjudul How You Like That sekali lagi mencetuskan fenomena baru dalam industri muzik dan sehingga kini, lagu berkenaan masih trending di Youtube dengan jumlah tontonan hampir mencapai 250 juta views.

Walau bagaimanapun, kemunculan kumpulan Blackpink dari tahun 2016 sentiasa menjadi perhatian kerana gandingan empat penyanyi, Lisa, Jisoo, Jennie dan Rose bukan sahaja disebabkan rupa paras malah bakat mereka tak kurang hebatnya dengan suara unik masing-masing.

Bukan itu sahaja, lagu terbaru kumpulan popular berkenaan juga menjadi antara lagu pilihan pengguna TikTok menghasilkan video untuk dikongsikan.

Pengacara terkenal, Sherry Alhadad turut tidak terkecuali untuk menggunakan lagu berkenaan dalam video Tiktok miliknya dimana akaun aplikasi itu dibuat atas namanya sekali gus mencuri tumpuan peminat dan pengikut dengan meraih ribuan tontonan.

Menerusi video yang dikongsikan Sherry, ia dipuji warganet sangat style apabila Sherry yang kelihatan sempoi pada mulanya bertukar menjadi seseorang yang cukup bergaya.

“Akak dak dak Tiktok sekarang…” ujarnya ringkas bersama satu rakaman video

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Akak dak dak tik tok skrg #howyoulikethatblackpink

Siaran dikongsi oleh sherry_alhadad (@sherry_alhadad) pada

Diruangan komen, rakan selebriti turut meningg4lkan reaksi mereka apabila melihat Sherry Alhadad turut terjebak membuat video Tiktok.

“Love Blackpink! Love Jennie…”

“Wow dia tiktok la…”

 

Sumber: HCL 

Be the first to comment on "Sherry Alhadad Terjebak Buat ‘Tiktok’ Lagu Baru Blackpink, Video Style Habis!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*