Zizi Kirana ‘Happy’ Dapat Berduet Dengan Penyamar Dalam ICSYVM 3

Cukup popular dengan lagu-lagu berentak Pop, Zizi Kirana menjadi artis jemputan untuk meneka siapakah penyanyi sebenar dalam episod 13 ICSYVM Musim ke-3 (I Can See Your Voice Malaysia). Gadis kecil molek ini turut ditemani dengan panel penyiasat jemputan iaitu Ungku Ismail dan Siti Saleha selain penyiasat tetap Jihan Muse, Mark Adam dan Yusry Abd Halim.

Biarpun episod kali ini kurang ‘menyengat’ dari yang sebelumnya namun dengan gelagat Zizi Kirana yang sukar membuat pilihan menjadikan hiburan kepada penonton. Nampak memang minggu ini agak sukar untuk mengenal pasti penyanyi atau penyamar.

Ini terbukti apabila dalam segmen pertama sahaja Zizi Kirana sudah membuat pilihan yang salah dengan menyingkirkan penyanyi sebenar. Peserta ini pernah tular sebelum ini kerana membuat pelbagai video cover lagu dari penyanyi popular.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Aduh first try dah salah ni .. muka cantik , suara sedap 🥰. . #icsyvmy . Strim LIVE HD di tonton.com.my

Siaran dikongsi oleh tv3malaysia (@tv3malaysia) pada

Malah peserta ketiga yang disingkirkan juga adalah penyanyi sebenar. Remaja lelaki yang baru berusia 15 tahun tapi memiliki bakat nyanyian yang cukup hebat.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Pergh tak sangka suara brother ni power teruk rupanya 🔥🔥🎊 Mantap lah 💪🏻💪🏻 . . #icsyvmy . Strim LIVE HD di tonton.com.my

Siaran dikongsi oleh tv3malaysia (@tv3malaysia) pada

Begitu juga yang keempat juga adalah penyanyi sebenar. Peserta bernama Abang Muhammad Zulhusmi yang merupakan bakal doktor gigi. Sedap ya suara peserta ini. Layan habis!

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alamak salah lagi 😅 macam ada peluang nk berduet dengan penyamar je @zizi_kirana ni 😛. . #icsyvmy . Strim LIVE HD di tonton.com.my

Siaran dikongsi oleh tv3malaysia (@tv3malaysia) pada

Dek kerana peserta sebelum ini ramai penyanyi sebenar, maka tinggalah hanya penyamar yang berduet dengan Zizi Kirana di penghujungnya. Biarpun penyamar, namun Zizi Kirana happy dapat berduet dengannya.

Ini pula reaksi Zizi Kirana dalam ICSYVM 3 apabila tersalah pilih penyamar untuk berduet dengannya. Apa-apa pun memang nampak happy betul dia masa persembahan di hujung rancangan itu.

Agak-agaknya minggu depan siapa pula yang menjadi artis jemputan untuk bermain tekaan siapakah penyanyi dan yang mana penyamar. Sama-sama kita nantikan ICSYVM 3 Setiap Ahad, 9 malam di TV3.

 

Sumber: HCL 

Be the first to comment on "Zizi Kirana ‘Happy’ Dapat Berduet Dengan Penyamar Dalam ICSYVM 3"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*