‘Stop Lah Being So Cute’ Sekejap Raih 1.9 Juta Views, Ini Rupanya Cerita Lagu…

Sejak kebelakangan ini, antara video yang trending dilaman Youtube merupakan lagu nyanyian Harith Zazman berjudul Stop Lah Being So Cute dimana lagu berkenaan sentiasa di kedudukan ke atas.

Jika baru-baru ini, lagu tersebut trending nombor satu di Youtube dan selepas seminggu lagu ini masih lagi trending berada di nombor empat dengan lebih 1.9 juta tontonan yang hampir mencecah 2 juta tontonan.

Jika anda mengenali dengan kumpulan Sterk Production, pastinya anda pernah melihat wajah salah seorang kumpulan itu yang mengembangkan bakatnya dengan tampil dengan single baharu Stop Lah Being So Cute.

Sebenarnya lagu Cute nyanyian Harith Zazman bersama Loca B dan MFMF ini pernah digunakan oleh selebriti terkenal seperti Nora Danish dengan membuat video mengunakan klip lagu tersebut menerusi aplikasi Tiktok.

Muzik video lagu ini dilancarkan pada 19 Jun lalu dan ternyata diruangan komen menerusi laman Youtube, lagu ini meraih pelbagai reaksi positif warganet yang akui menyukai lagu tersebut.

 

Lagu Stop La Being So Cute yang sangat catchy dan bersahaja ini bukan saja meraih jutaan tontonan di Youtube, malah perkongsian penyanyi ini tentang cerita terhasilnya lagu tersebut turut menjadi perhatian apabila dikongsikan di Instagram Hot FM.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Cerita terhasilnya lagu cute ni! Ehem, buah hati Harith ada dalam music video tu la sebenarnya 😜 Cepat tgk music video kalau nak tahu siapa! @harithzazman #youmemangsangatcute

Siaran dikongsi oleh Hot FM (@hotfm976) pada

Harith dilihat berkongsikan cerita bagaimana terhasilnya lagu cute berkenaan dan turut membuat video bersama Haziq Huzzni.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Okay mana satu paling cute ni? 😍💛 @haziq_hotfm @harithzazman @kuning.langsat @wearemfmf #youmemangsangatcute

Siaran dikongsi oleh Hot FM (@hotfm976) pada

Sumber: HCL 

Be the first to comment on "‘Stop Lah Being So Cute’ Sekejap Raih 1.9 Juta Views, Ini Rupanya Cerita Lagu…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*