[VIDEO] Nabila ‘Prank’ Mak, Sikap Sempoi Cuit Hati Warganet “Kenapa Pulak Kau Tak Boleh Kahwin Nab!!”

Jika anda peminat rancangan hiburan Trek Selebriti, segmen prank merupakan antara yang menjadi tumpuan penonton dan peminat selebriti jemputan dimana ada sahaja gelagat lucu daripada mereka melakukan prank.

Meskipun video teaser, pastinya akan meraih perhatian peminat apabila dikongsikan semula oleh selebriti jemputan dan kali ini pula dapat dilihat satu rakaman video pendek dikongsikan oleh penyanyi dan pelakon, Nabila Razali

Nabila Razali buat prank jadi perhatian ramai

Hos rancangan berkenaan, Alif Farhan seperti biasa meminta untuk selebriti jemputan melakukan prank terhadap insan dikenali mereka. Nabila Razali juga tidak terkecuali dan dia melakukan prank terhadap maknya.

Menerusi Instagram miliknya, kelihatan penyanyi lagu Peluang Kedua ini perlu melakukan prank tentang bakal menantu. Apa yang menjadi perhatian juga, Nabila Razali terkedu apabila hos rancangan itu menyamar sebagai Syafiq Kyle kepada maknya.

“Cerita ini hanya rekaan semata-mata. Tidak ada kena mengena dengan yang hidup, yang single, mahupun Syafiq Kyle. Kesian mak kite kena prank dengan si Alif ni…” ujar Nabila Razali.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

[DISCLAIMER] Cerita ini hanya REKAAN semata-mata. Tidak ada kena mengena dgn yg hidup, yg single, mahupun @syafiqkylez . 🤪 Kesian mak kite kene PRANK dgn Si Alif ni! Korang jangan lupa layan Trek Selebriti Musim Terbaru bersama @nabila.razali dan hos @aliffarhan_jr 🔥🔥 SETIAP RABU| 9.30PM | ASTRO RIA #trekselebriti #peluangkedua

Siaran dikongsi oleh Second Chance 💔 (@nabila.razali) pada

Reaksi sporting ibu penyanyi ini meraih ribuan tontonan dalam masa sekejap dan panggilannya terhadap Nabila Razali turut mencuit hati peminat.

“Sekali Syafiq masuk minang betol nanti”

“Sporting giler mak…”

“Hi Nab… comel panggilan tu”

Sumber: HCL

Be the first to comment on "[VIDEO] Nabila ‘Prank’ Mak, Sikap Sempoi Cuit Hati Warganet “Kenapa Pulak Kau Tak Boleh Kahwin Nab!!”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*