“Patutla Hari2 Goreng Telur…”- Aksi Budak Lelaki Di Dapur Cvri Perhatian,

Ketika kecil ada segelintir orang takvt untuk memasuki dapur dan menggunakan alat-alatan berbahaya seperti pisau dan dapur gas kerana takut menceder4akan diri.

Namun sebuah video mencvri perhatian netizen apabila seorang budak lelaki menunjukkan kemahirannya di dapur.

Biasanya ibu bapa jarang membenarkan anak mereka memasak sendiri tanpa dipantau, tetapi kanak-kanak ini tidak perlukan pantauan orang dewasa kerana kelihatannya seperti dia sudah cukup handal, sekurang-kurangnya dalam bab goreng telur.

Dalam sebuah video yang dikongsikan di Twitter, budak lelaki tersebut ditegur seorang ahli keluarga yang dipercayai kakaknya kerana tidak habis-habis menggoreng telur.

Namun dia kemudian teruja untuk menunjukkan ‘trick’ baru kepada kakaknya sebelum melambungkan telur goreng di dalam kuali ke udara beberapa kali, mengundang geli hati.

Malah aksinya itu membuat ramai kagum kerana telur tersebut tidak jatuh pun ke lantai walaupun dia melambungnya banyak kali.

Video yang telah meraih lebih 800,000 tontonan dan 1.8 ribu komen itu membuat rata-rata netizen terhibur dengan aksi budak lelaki berkenaan sehingga ada yang mengatakan chef profesional pun boleh tergugat dengannya.

“Chef Wan tengok ni mesti dia mintak tunjuk ajar…”

“ini hanya dilakukan oleh yg profesional…”

“Patutla hari2 goreng telur sebb nak asah bakat…”

“Mesti belajar dengan legend ni…”

 

Sumber: HCL 

Be the first to comment on "“Patutla Hari2 Goreng Telur…”- Aksi Budak Lelaki Di Dapur Cvri Perhatian,"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*