Khai Bahar ‘Pickup line’ Cute Uyaina Arshad, Muka Sama Pula Jadi Perhatian

Meriah betul rancangan Kennot Brain apabila ianya dikendalikan oleh dua orang pengacara popular, Aliff Farhan bersama Ain Edruce di Astro Warna pada setiap Selasa dimana rancangan ini mereka berdua bersama selebriti jemputan akan merungkai video-video lawak dan tak masuk akal.

Walau bagaimanapun, apa yang lebih meriah apabila kehadiran seorang pelakon, Uyaina Arshad dan penyanyi popular Khai Bahar menjadi tetamu jemputan pada malam ini.

Seperti biasa, pickup line sudah menjadi antara segmen popular menerusi rancangan-rancangan di kaca televisyen dan rasanya, nama Khai Bahar juga sudah sinonim dengan membuat pickup line kepada rakan-rakan selebriti yang lain.

Pun begitu, kali ini pula warganet dapat melihat penyanyi terkenal itu membuat pickup line kepada pengacara dan pelakon jelita itu sehingga menerima pelbagai reaksi mereka.

Uyaina Arshad menerusi Instagram miliknya ada memuat naik satu rakaman video Khai Bahar buat pickup line cute kepadanya dan ternyata menerusi video teaser episod Kennot Brain ini dapat diperhatikan, Uyaina Arshad juga melakukan pickup line kepada penyanyi itu.

“Amboi… baru dapat keluar rumah je, terus keluar ayat semut. Jangan lupa gais layan video-video lawak bersama Khai Bahar, Uyaina Arsyad dan juga hos Ain Edruce, Aliff Farhan dalam Kennot Brain…”

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Korang ada pickup line best? 😛 Comment! ♥️ . Amboiii..baru dapat keluar rumah je, terus keluar ayat semut 🤣 Jangan lupa gais layan video2 lawak bersama @khaibahar94 , @uyainaarshad dan juga hos @ainedruce , @aliffarhan_jr dalam Kennot Brain..STANDBY!!🔥🔥🔥 . Setiap Selasa | 10.30PM | Astro Warna ✨ #UyainaArshad #kennotbrain #MalaysianFunniestVideo @zonlawak

Siaran dikongsi oleh UA (@uyainaarshad) pada

Uyaina Arshad yang meminta untuk peminat dan pengikut turut komen pickup line best kepadanya, ternyata pelbagai pickup line yang ditinggalkan mereka.

Sumber: HCL 

Be the first to comment on "Khai Bahar ‘Pickup line’ Cute Uyaina Arshad, Muka Sama Pula Jadi Perhatian"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*