Dipanggil Akak, Reaksi Wanita Ini Cuit Hati Warganet, “Akak, Akak! Aku Baru 20 Tahun la”

Ketika situasi membeli apabila bertemu dengan penjual atau turut membeli secara online pastinya panggilan terhadap penjual yang digunakan adalah kakak atau sis.

Walau bagaimanapun, situasi itu kadangkala berlaku kerana pembeli akan rasa keliru untuk menggelarkan penjual sebagai apa dan akhirnya panggilan kakak juga digunakan bagi memulakan perbualan.

Pun begitu, satu rakaman video yang memaparkan situasi apabila seorang penjual dipanggil sebagai kakak oleh pembeli mencuit hati ramai. Video yang dimuat naik menerusi laman Instagram Hot FM ternyata membuatkan warganet terhibur dengan reaksi sporting wanita ini.

Oleh kerana, dipanggil akak oleh beberapa orang lelaki membuatkan dia menegur kembali pembeli kerana dia bukanlah akak kerana baru berusia 20 tahun.

“Akak, akak! Aku baru 20 tahun la”

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

“Akak, akak! Aku baru 20 tahun la” 🤣🤣 Hahahaha sporting gila akak Mcd ni! Terbaik 😜 Twitter : fahmidgaf

Siaran dikongsi oleh Hot FM (@hotfm976) pada

Biarpun begitu, pembeli tidak marah malah sempat berseloroh dengan wanita berkenaan dengan memberikan pick up line lalu membuatkan situasi itu bertambah lucu sehingga warganet juga berulang kali melihatnya.

Dalam pada masa yang sama, diruangan komen perkongsian video tersebut membuatkan netizen turut mengharapkan mempunyai keberanian seperti wanita itu yang cuba membetulkan panggilan kakak terhadap dirinya.

Perkongsian video di Instagram itu juga menerima pelbagai reaksi warganet selain video itu juga ditonton dengan meraih lebih 20,000 views dimana nampaknya situasi itu seperti sering berlaku.

Sumber: HCL 

Be the first to comment on "Dipanggil Akak, Reaksi Wanita Ini Cuit Hati Warganet, “Akak, Akak! Aku Baru 20 Tahun la”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*