Video Masakan Oleh Anak Kembar Eina Azman Curi Tumpuan. Comel!

“It’s done…”, dengan suara lembut dan manja, ayat ini menjadi trademark bagi Eina Azman yang sering kali berkongsikan video masakannya di sosial media. Setiap kali memuat naik video masakannya, pasti di hujung rakaman itu akan kedengaran selebriti ini bercakap ayat tersebut.

Selain itu video masakan Eina Azman menjadi kegemaran ramai untuk menontonnya kerana nampak sangat mudah dan bahan-bahan yang digunakannya juga ringkas. Apatah lagi apabila melihatkan hasil air tangannya yang nampak macam sedap!

Bukan setakat video masakan Eina Azman cvri perhatian ramai, rakaman anak-anaknya memasak turut membuatkan ramai ‘asyik’ menontonnya. Anak kembar Eina Azman buat video masakan yang telah dikongsikannya baru-baru ini telah meraih lebih 373 ribu tontonan.

Berikut video anak kembar Eina Azman buat video masakan yang dikongsikan oleh selebriti ini sendiri:

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Cheese Corn Dog by Chef @aubreykarl 😘 #aubreykarl

Siaran dikongsi oleh 𝑬𝒊𝒏𝒂 𝑨𝒛𝒎𝒂𝒏 (@eina_azman) pada

Alahai comel betul gelagat dua anak kecil ini. Pandai masak macam mama dia juga ya. Nampak macam sedap Cheese Corn Dog mereka ini. Bolehlah cuba nanti! Rata-rata netizen memuji gelagat dua beradik kembar ini dan meningg4lkan komen mereka seperti berikut:

“Comelnya these two”

“Makin cantik la Aubrey dengan rambut macam gitu. Karl pun hensem pelat cakap melayu ya”

“Comelnya Aubrey..Karl mengikut je apa adik cakap..Good boy”

 

Sumber: HCL 

Be the first to comment on "Video Masakan Oleh Anak Kembar Eina Azman Curi Tumpuan. Comel!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*