Lain Macam Kreatif! Tiktok Gadis Bertukar Anime Ini Curi Perhatian Ramai

Hari ini aplikasi Tiktok menjadi antara yang digemari ramai. Bukan sahaja sekadar video tarian tergedik-gedik, tapi banyak lagi rakaman bermanfaat buat penonton. Malah ruangan ini juga menjadi platform buat sesetengah penggunanya untuk mengetengahkan bakat kreatif masing-masing.

Sama seperti seorang gadis ini yang videonya menjadi tular di dalam sosial media selepas berkongsikan rakaman dari aplikasi tersebut. Tiktok gadis bertukar anime ini menjadi perhatian ramai. Memang kreatif betul gadis ini!

Lihat sahaja bagaimana transisi dari gadis di dunia nyata berubah kepada anime yang dihasilkannya. Memang nampak sungguh menjadi! Berikut adalah video Tiktok gadis bertukar anime yang dikongsikannya semula menerusi laman Twitter:

Amacam? Terbaik dan kreatif habis! Video pendek yang berdurasi kurang daripada 30 saat itu telah meraih lebih 176 ribu tontonan dan 8,100 retweets serta 16,800 likes.

Ini pula video tutorial bagaimana gadis ini menghasilkan video gempak tersebut:

Rata-rata netizen kagum dengan hasil kreativiti gadis ini dan meningg4lkan reaksi mereka tersebut di ruangan komen seperti berikut:

“Great work and awesome music choice! Hehe”

“I don’t know any of the character tapi yang 3rd tu nice gilaaa!”

“Nice!! Gempak ni”

 

Sumber: HCL 

Be the first to comment on "Lain Macam Kreatif! Tiktok Gadis Bertukar Anime Ini Curi Perhatian Ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*