Kucing Kerumun Lelaki Berbasikal Mahu Beri Makan, Netizen Tersentuh

Bagi peminat kucing pastinya tahu mengapa haiwan ini sering kali menjadi antara kesayangan ramai. Sikap mereka yang manja, bulunya yang gebu dan ia adalah haiwan pilihan ramai untuk dipelihara. Namun begitu, melihatkan kucing terbiar di jalanan mungkin boleh menyebabkan hati tersentvh.

Lebih-lebih lagi jika kucing tersebut nampak kurus dan kelaparan. Hati siapa yang tegar untuk melihatkan keadaan sebegini? Biarpun begitu, dengan adanya insan berhati mulia yang memberikan makan kepada haiwan jalanan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan kesengs4raan kucing-kucing di jalanan ini.

Itu yang dilakukan oleh seorang lelaki dalam satu video yang tular di sosial media baru-baru ini. Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter itu kelihatan sekumpulan kucing mengejar lelaki yang sedang berbasikal tersebut. Lelaki itu kemudiannya memberhentikan basikal dan kemudiannya diserbu oleh kumpulan kucing tersebut.


Foto sekadar hiasan / Kredit: violetta

Rupa-rupanya lelaki itu sering memberikan makanan kepada kumpulan kucing tersebut di kawasan ini membuatkan ia sudah mengenali individu berbasikal. Berikut adalah video yang menjadi perhatian ramai itu:

Video tersebut telah meraih lebih 166 ribu tontonan dan 25,300 retweets serta 32,900 likes.

Rata-rata netizen meningg4lkan reaksi mereka mengenai hal ini di ruangan komen seperti berikut:

“Kucing akan sayang kepada orang yang sayangi dia”

“..Ni dekat Sungai Besar depan kedai makan tu…Patutlah banyak kucing, pak cik ni sumpah la baikkkk..”

“Alahai comel jee semua lari ke pak cik tu”

 

Sumber: HCL 

Be the first to comment on "Kucing Kerumun Lelaki Berbasikal Mahu Beri Makan, Netizen Tersentuh"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*