“Cepatnya Awak Dewasa…”- Gara2 Foto, Peminat Tak Sangka Erynne Bakal Jadi Ibu

Selebriti Erynne Erynna bukanlah asing lagi dalam industri seni tanah air apabila dia sudahpun berjaya menempa nama sebagai seorang pelakon yang cukup dikenali dari usia kanak-kanak.

Kini berusia 24 tahun, Erynne Erynna atau nama sebenarnya Syazlynn Erynne binti Abdullah sememangnya antara pelakon cilik berbakat yang sangat menyerlah dari usianya 8 tahun dengan membintangi puluhan cerita di kaca televisyen.

Walau bagaimanapun, siapa menyangka pelakon kecil molek ini akan bergelar seorang ibu tidak lama lagi apabila dia bakal menimang cahaya mata sulungnya.

Erynne Erynna juga difahamkan sedang hamil 7 bulan dan gara-gara perkongsian fotonya sempena menyambut hari raya baru-baru ini membuatkan dia menerima pelbagai reaksi.

Menerusi Instagram, dia mengucapkan selamat hari raya buat semua dan bersyukur dapat beraya lagi dan kali ini pula bersama ‘baby bump’.

“Selamat hari raya maaf zahir dan batin dari kami dan keluarga tercinta. Alhamdulillah syukur dapat beraya lagi tahun ni and this time plus wit our lil bundle of joy in my tummy hehe…”

Untuk info, pelakon yang cukup berbakat sejak kecil ini sudahpun menamatkan zaman bujang dengan jejaka pilihannya pada 17 April tahun lalu.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdulillah 💍 17th April 2019

Siaran dikongsi oleh Erynne Erynna (@erynneerynna) pada

Perkongsian foto dihari raya dimana mereka tampil mengayakan busana sedondon bersama membuatkan peminat-peminat pelakon ini meningg4lkan pelbagai reaksi.

Ada yang tidak menyangka dia sudah berkahwin dan bakal bergelar ibu sekali gus membuatkan peminat merasakan cepatnya dirinya dewasa selain mendoakan yang terbaik.

Sumber: HCL

Be the first to comment on "“Cepatnya Awak Dewasa…”- Gara2 Foto, Peminat Tak Sangka Erynne Bakal Jadi Ibu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*