Demi PS4, Budak 10 Tahun Berniaga Jus Mangga. Terbaik!

Tahap keinginan untuk memiliki sesuatu benda itu menjadi satu titik tolak untuk terus berusaha mendapatkannya. Tidak kira kanak-kanak atau pun dewasa, pasti ada benda yang menjadi ‘bucket list’ untuk dimiliki.

Terbaru kisah mengenai seorang budak berusia 10 tahun sanggup berniaga jus mangga demi untuk dapatkan PS4 menjadi tular di sosial media. Bila terkenangkan pada zaman kanak-kanak dulu, untuk dapatkan sesuatu yang diingini boleh minta pada ibu bapa sahaja.

Maka dari situ ibu dan bapa mulalah letak pelbagai syarat seperti kena dapat keputusan cemerlang, jaga perangai dan sebagainya. Namun kini zaman sudah berubah. Sama seperti budak berusia 10 tahun ini yang berusaha sendiri dengan menjual air jus mangga buatannya demi untuk dapatkan PS4.

Kisah kegigihan mengenai kanak-kanak bernama Danish Izzudin ini dikongsikan di Twitter oleh kakaknya, Sally Nur Dinie. Perkongsian oleh kakaknya itu telah berjaya mencuri perhatian ramai dengan lebih 14 ribu retweets.

Bagaimanapun hari ini menerusi laporan mStar, hasrat adik Danish Izzudin itu berjaya mendapat perhatian pemain bola sepak JDT, Safawi Rashid. Menurut laporan itu Safawi Rashid berhasrat untuk merealisasikan hasrat adik Danish Izzudin ini.


Jus mangga yang dijual adik ini

Berkata kepada mStar, “Saya gembira tengok orang lain happy. Saya akan minta orang ‘gamers’ hantar hadiah itu kepadanya.”

 

Sumber: HCL

Be the first to comment on "Demi PS4, Budak 10 Tahun Berniaga Jus Mangga. Terbaik!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*