Disangka Reen Rahim, Wajah Puteri Aishah Buat Netizen Keliru, “Tulah, Saya Ingat Dia Kakak Saya…”

Sempena menyambut hari raya dalam keadaan serba sederhana ini, pelakon Puteri Aishah tidak ketinggalan untuk berkongsikan foto yang diambilnya lalu berkongsikan kepada peminat dan followers dilaman Instagram peribadinya.

Pun begitu, seperti yang semua ketahui bahawa ziarah-menziarahi juga hanya dibenarkan pada hari raya pertama saja, Puteri Aishah menerusi perkongsian dua keping foto dia bergaya mengenakan baju raya serba hitam ini, dalam pada masa yang sama, dia menegas dia bersiap namun tidak beraya.

“Dah bersiap nak pergi beraya tapi tak boleh beraya…” ujarnya ringkas.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Dah bersiap nak pergi beraya tapi tak boleh beraya 😝 #eidmubarak2020 Baju raya from @annkhan_exclusive ✨

Siaran dikongsi oleh Ms. Puteri Aishah (@puteriaishahofficial) pada

Perkongsian dua keping foto itu juga membuatkan warganet turut memuji kecantikan pelakon berusia 25 tahun ini dimana dia juga merupakan antara selebriti wanita yang tidak asing lagi dalam dunia seni tanah air malah, bakat lakonannya juga disukai ramai.

Dia yang juga merupakan salah seorang peserta Dewi Remaja 2014/2015 ini telah membintangi beberapa drama di kaca televisyen yang berjaya menarik tumpuan penonton sehingga membuatkan dia semakin mendapat perhatian ramai.

Menerusi perkongsian foto itu bagaimanapun tidak disangka-sangka, ada pula yang menanyakan adakah dia dengan pelakon terkenal, Reen Rahim mempunyai pertalian kerana dikatakan wajah mereka mempunyai persamaan.

Persoalan berkenaan turut mendapat perhatian selebriti itu sendiri lalu membalas komennya itu dengan turut berseloroh. Pun begitu, ternyata ada juga yang mengakui keliru dengan wajah Puteri Aishah dan Reen Rahim.

Wajah Puteri Aishah dikatakan sama dengan Reen Rahim

Selain mereka, ada juga wajah selebriti lain yang dikatakan memiliki iras dengan wajah selebriti lain.

Sumber: HCL 

Be the first to comment on "Disangka Reen Rahim, Wajah Puteri Aishah Buat Netizen Keliru, “Tulah, Saya Ingat Dia Kakak Saya…”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*