K0ngsi Mohon Maaf Dengan Ibu, Sekali Isteri Shaheizy Sam Masuk Komen

Sebuah filem pendek raya terbitan Gempak dan Astro Shaw berjudul Gerakan Serunding semakin mendapat tempat di hati wargamaya gara-gara ‘plot twist’ yang tidak di sangka-sangka. 

Menerusi laman sosial Instagram, aktres filem pendek tersebut Syatilla Melvin teruja memuat naik teaser Gerakan Serunding tersebut untuk tatapan umum. 

“Tak sempurna rasanya kalau pagi raya tak salam dan ci1um dengan insan tersayang kan? Tapi kenapa Tilla macam tu sekali weh? Apa yang Sam dah buat? Takkan la sebab PKP ni?” tanya Tilla menerusi ruangan kapsyen. 

Istimewanya lagi filem pendek raya ini, proses penggambaran yang berlangsung sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) melibatkan panggilan video semata-mata. 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut terhibur dengan elemen sedih, gembira dan kasih sayang yang menjadi tunjang utama filem pendek raya Gerakan Serunding ini.

“Alaaa, sedih la tengok,” komen seorang wargamaya.

“Terhibur. Semua rasa ada bila tengok,” kata seorang wargamaya.

“Amboi, plot twist dia!” tulis seorang wargamaya.

“Wah, best ni,” puji seorang wargamaya.

“Uish Tilla punya gar4ng. Best gila,” ujar seorang wargamaya lagi. 

Gerakan Serunding mengisahkan Siti (Syatilla Melvin) dan Ali (Shaheizy Sam) menyambut Ramadan dalam suasana PKP, teringin untuk berbuka dengan juadah makanan istimewa hasil tangan ibu di kampung iaitu Serunding. 

Dalam usaha untuk memujuk isterinya, Ali cuba untuk me1niru juadah tersebut tetapi gagal dan membuatkan isterinya bertambah sedih. 

Dalam kesulitan, Ali dapat idea di luar normal baharu demi mendapatkan serunding untuk membahagiakan isterinya. Apakah caranya dan adakah Ali akan berjaya? 

Saksikan filem pendek berdurasi 6 minit, Gerakan Serunding kini di laman portal Astro Gempak.

Terbaru Shaheizy Sam berkongsi di instagramnya tarik perhatian ramai

Part ni mmg tak mampu nak bersocial distancing dah. Banyak sgt d0sa dengan Big Boss @khatyfauziah 😂. Kalau boleh nak tepek je tapak kaki Big Boss ni kat muka aku sampai bila2 😇🦶. Sapa yg tak nak syurga, ek? 😏

Sekali isterinya, Shatilla Melvin komen sama

Melihat kedua beranak itu berpel0kan dan saling bermaafan, isteri kepada Sam iaitu Syatilla sempat mengusik Sam yang beliau juga mahukan tapak kaki suaminya itu dimuka. “Nak tapak kaki awak kat muka please” seloroh Syatilla.  Memberikan reaksi bersahaja Shaheizy Sam membalas kembali komen isterinya dengan menjawab “Untuk awak, kentut kat muka pun saya ikhlas bagi”

KOMEN NETIZEN :

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

 

Sumber : GEMPAK via Instagram Shaheizy Sam

 

Be the first to comment on "K0ngsi Mohon Maaf Dengan Ibu, Sekali Isteri Shaheizy Sam Masuk Komen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*