Dini Buat Tutorial Pakai Kain Pelikat, Kacak Digayakan Dengan Baju Melayu…

Jikalau perempuan, pastinya tutorial tudung menjadi pilihan mereka untuk dijadikan rujukan di hari raya. Kali ini pula khusus untuk lelaki, selebriti terkenal iaitu Dini Azan Schatzmann beberapa hari lalu ada berkongsikan cara yang betul untuk mengenakan kain pelikat atau dijadikan sampin yang segak digayakan ketika memakai baju Melayu.

Melalui Instagram peribadinya, dia ada memuat naik sekeping foto mengayakan baju Melayu dan memakai kain pelikat namun gara-gara cara pemakaiannya yang dikatakan tidak betul ini membuatkan dia ditegur oleh orang ramai.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Isi angin tayar jap… Nanti saya bawak awak jalan-jalan makan angin 😜 Jangan lupa date kita 10 malam @tv_okey channel 146 • • Wearing @primavalet www.fashionhub.com

Siaran dikongsi oleh Dini Azan Schatzmann (@dinischatzmann) pada

Lalu, selepas ditegur peminat dan pengikut di Instagram, pelakon ini yang tidak cepat melatah malah ada berkongsikan pula satu rakaman video dirinya memakai kain pelikat dengan cara yang betul.

Videonya ini juga mendapat perhatian orang ramai dimana ada yang akui memerlukan tutorial memakai kain pelikat ini dan berterima kasih kepadanya.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

CARA PAKAI KAIN PELIKAT DENGAN BETUL❗️ Thanks tegur haritu 🤣 • • Malam ni Jangan lupa tengok #leonzalika @tv_okey • Baju melayu @primavalet www.fashionhub.com.my

Siaran dikongsi oleh Dini Azan Schatzmann (@dinischatzmann) pada

Dalam pada masa yang sama, Dini Azan Schatzmann yang juga merupakan seorang model ada berkongsikan beberapa keping foto dia mengayakan baju Melayu, rasanya cara OOTD yang dikongsikan oleh selebriti ini boleh dicontohi kerana walaupun sendiri demi menjaga jarak namun fotonya tetap menarik.

Di musim kuarantin ini, sebenarnya banyak lagi cara yang boleh dilakukan untuk menghiburkan diri dalam sambutan hari raya kali ini meskipun suasananya agak berbeza. Boleh juga dengar lagu raya yang viral ini:

 

Sumber: HCL

Be the first to comment on "Dini Buat Tutorial Pakai Kain Pelikat, Kacak Digayakan Dengan Baju Melayu…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*