“Tidak Boleh Terbawa-Bawa Perangai Bujang”, Ain Edruce Belajar Masak Demi Suamii

KUALA LUMPUR: Kali pertama menikm4ti pengalaman menyambut Ramadan dan Syawal sebagai isteri nyata memberi c4baran buat pelakon drama Kekasih Paksa Rela, Ain Edruce, 28.

Katanya, dia tidak kisah mengisi perut yang berkeroncong dengan hanya memakan mi segera ketika bujang. Namun bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Amirul Hafiz Mustaffa tentu tidak boleh terbawa-bawa perangai lama.

Pengacara MBuzz dan Pop Express itu berkata, suami kini menjadi keutamaan. Biarpun tidak lincah di dapur, tetapi tetap berusaha untuk memikat perut suaminya.

Bagaimanapun, Ain bersyukur dikurniakan suami yang memahami kekurangan diri, malah dia gemar memasak dan sering mengajaknya ke dapur menyediakan juadah berbuka puasa.

“Masa bujang saya tak perlu susah payah memikirkan orang lain. Apabila lapar makan mi segera pun sudah memadai. Tetapi, kini keutamaan dan tanggungjawab saya kepada suami tidak boleh diaba1kan.

“Nak tak nak terpaks4lah saya belajar masak daripada emak. Bagaimanapun, suami pula memang suka ke dapur. Setiap kali masuk ke dapur, dia akan minta saya tolong. Selain dapat belajar, saya juga seronok dapat menyediakan makanan bersama suami.

“Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memberi ruang menumpukan perhatian pada rumah tangga. Saya jadi suri rumah sepenuh masa. Dalam keadaan sekarang, berbuka puasa di luar tidak boleh, jadi saya kena masak. Jika tidak, mungkin saya dan suami berbuka puasa di luar menikm4ti hidangan bufet yang menyelerakan,” katanya kepada BH Online.

Berk0ngsi persiapan raya, Ain atau nama sebenarnya, Nurulain Edruce berkata, dia akan menyambut Syawal buat kali pertama di rumah mentua di Klang, Selangor.

Akvinya, dia tidak pernah berminat mengenakan pakaian sedondon, tetapi prinsipnya berubah selepas berumah tangga.

Untuk tahun ini, dia dan suami memilih rona ungu untuk digayakan di pagi raya.

“Saya berdebar meraikan Syawal di rumah mentua memandangkan ini adalah raya pertama sebagai isteri. Saya pilih beraya di sebelah keluarga suami kerana ingin merasai pengalaman tanpa dikelilingi ahli keluarga sendiri.

“Saya sudah terbiasa menyambut Aidilfitri bersama keluarga, jadi saya ingin merasai pengalaman dan suasana yang berbeza,” katanya.

Mengulas kerjaya seninya, Ain berkata, banyak tawaran lakonannya yang dibatalkan berikutan wab4k COV1D-19.

“Diakui keadaan sekarang cukup menc4bar buat warga seni, tetapi kenalah akur demi kebaikan dan keselamatan.

“Saya tak kisah dengan kerajaan meletakkan syarat ketat sekiranya penggambaran dibenarkan semula. Bagi saya, jika ia untuk kebaikan, kita perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Saya tak menyangkal fasa ini cukup mencabar, tetapi saya bernasib baik kerjaya suami tidak terjejas.

“Bagaimanapun, warga seni tidak bolehlah duduk diam, sebaliknya carilah inisiatif untuk terus bertahan. Siapa tahu mungkin dengan berniaga atas talian atau menghasilkan kandungan kreatif memperoleh rezeki,” katanya.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Mama ain and papa mirul love you a lot ❤️❤️❤️ Happy birthday RAISA.🌟🌟🌟

Siaran dikongsi oleh NURULAIN BT EDRUCE (@ainedruce) pada

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

 

Sumber: BH

Be the first to comment on "“Tidak Boleh Terbawa-Bawa Perangai Bujang”, Ain Edruce Belajar Masak Demi Suamii"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*