Kisah Perjalanan Syahmi Sazli Sebagai Youtuber Dipuji, “Tak Kedekut Ilmu…”

Syahmi Sazli merupakan seorang YouTuber yang tidak asing lagi buat orang ramai, dia yang berasal dari Kelantan saban hari namanya semakin dikenali dan melonjak naik.

Malah, video-video yang dimuat naik menerusi Channel Youtube miliknya juga sentiasa dinanti-nantikan warganet dan mendapat perhatian mereka sehingga mencecah 2.4 juta subscribers.

Slot Drama Spontan yang diarahkan olehnya yang menampilkan lakonan lucu Asif Suhaimi dan Yoe Parey juga mendapat sambutan hebat sehingga sudah acap kali trending di Youtube dan menjadi buah mulut orang ramai.

Walau bagaimanapun, menjadi seorang yang terkenal kini bukanlah mudah baginya. Oleh itu, Syahmi Sazli berkongsikan kisah perjalanan dirinya sebagai seorang Youtuber dimana dapat diperhatikan dia bermula dari bawah.

Syahmi Sazli dilihat di temu ramah oleh Asif Suhaimi yang juga merupakan sepupunya. Meskipun terhibur dengan gelagat pelakon Drama Spontan namun Syahmi Sazli turut menerima pelbagai pujian daripada peminat dan pengikut dimana dia tidak lokek untuk berkongsi ilmu.

Kisah perjalanan Syahmi Sazli sebagai Youtuber jadi perhatian warganet

Dalam pada masa yang sama, seiring dengan peredaran zaman dan teknologi, kini ramai anak muda menjadikan media sosial selain berhibur, ia juga dapat menjana pendapatan.

Oleh itu, munculnya Youtubers muda bak cendawan dan itu juga menjadi satu cabaran buatnya namun Syahmi Sazli tetap positif dan berterusan mencari kelainan dalam hasil kerjayanya.

Menerusi 3 episod kisah perjalanan Syami Sazli sebagai Youtuber membuatkan dirinya juga menjadi inspirasi buat anak-anak muda untuk berjaya sepertinya.

Sumber:HCL

Be the first to comment on "Kisah Perjalanan Syahmi Sazli Sebagai Youtuber Dipuji, “Tak Kedekut Ilmu…”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*