“Sabar Macam Tok Ti, Muncung Tu Nak Pergi Mana” – Aafiyah #PatienceChallenge

Anak kepada penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah mendapat perhatian netizen kerana sikap sabarnya.

Menerusi akaun Instagram, Siti berkongsi video pendek yang merakamkan gelagat Aafiyah menunggu penuh kesabaran sebelum membuka air yang diletakkan disebelahnya.

Paling menarik, video  itu juga menunjukkan wajah Aafiyah yang menanti sambil duduk di atas tangga dengan mimik muka comel.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

#Repost @dayahzubit with @make_repost ・・・ Sebab kakak rasa kakak perlu take part in this challenge too. Agak2 Aafiyah sabar ka tak tunggu kakak? 😂 @ctdk . Kalau Aafiyah berjaya, Aafiyah nak challenge @arifjiwaasyraf pulak buat #patiencechallenge ni heheehe 🤪 @tyaarifinnw

Siaran dikongsi oleh Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) pada

Difahamkan, tujuan video itu diambil untuk turut sama menyertai cabaran yang tular di mana ibu bapa melakukan cabaran untuk menguji tahap kesabaran (#patiencechallenge) anak-anak mereka yang masih kecil.

Dalam pada itu menerusi ruangan komen rata-ratanya memuji kecomelan Aafiyah dan menyifatkan sikap sabar itu diwarisi oleh ibunya.

Sumber: Gempak 

Be the first to comment on "“Sabar Macam Tok Ti, Muncung Tu Nak Pergi Mana” – Aafiyah #PatienceChallenge"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*