Tak Sentuh Nasi Sejak Tahun Lalu, Zulin Aziz Makin Ramping

Jika anda mengikuti media sosial selebriti serba boleh Zulin Aziz, ramai yang terkejut melihat penampilan terbaru pelakon dan pengacara itu yang semakin langsing dan berat badannya semakin susut.

Zulin berkata, berat badannya menyusut sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan pada Mac lalu. Menurut Zulin, dia tidak menyentuh nasi sejak tahun lalu lagi.

“Saya tak makan nasi sejak tahun lalu. Ketika berbuka puasa, saya hanya menjamah buah kurma dan meneguk air.

“Beberapa minit kemudian barulah saya makan lauk-pauk. Sahur pula saya hanya makan pisang,” katanya kepada BH Online.

Bagaimanapun, Zulin mengakui sedang mengamal sejenis minuman yang dimana dirinya menjadi testimoni kepada produk berkenaan. Ujarnya, berat badannya turun sebanyak 25 kilogram selepas mengamalkan produk tersebut.

“Ketika mula mengambilnya, berat badan saya 85 kilogram. Selepas mengamalkannya, berat menyusut kepada 70 kilogram dan sekarang 60 kilogram,” katanya.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tak sabar nak share dengan korang koleksi tudung terbaru dari @dmagiafashion_official ❤️

Siaran dikongsi oleh زولين عزيز (@zulinaziz) pada

Dalam pada itu, Zulin menepis d4kwaan tubuhnya menyusut kerana ‘makan hati’ kerana kisah percintaan yang tidak kesampaian sebelum ini sebaliknya dia melakukan untuk kepuasan sendiri.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! 

Sumber : Rotikaya

Be the first to comment on "Tak Sentuh Nasi Sejak Tahun Lalu, Zulin Aziz Makin Ramping"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*