Empat Tahun Sabar Menanti… Shah Iskandar Akhirnya Bakal Bergelar Bapa

SELEPAS empat tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Shah Iskandar dan isterinya, Siti Sarah Mohd Noor bakal menimang cahaya mata pertama.

Shah, 37, berkongsi khabar gembira itu pada ucapan ulang tahun kepada isterinya dan memberi gambaran mereka akan menjadi ibu bapa tidak lama lagi.

“Selamat hari ulang tahun, isteriku, nikm4tilah tahun terakhir menyambut hari jadi sebagai ‘orang bujang’, sebab tahun depan dah kena sambut cara mak-mak dah.

I love you forever and a day!,” tulisnya.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Happy birthday wifey, enjoy the last year of ur ‘bujang’ celebration, sebab next year dah kene celebrate style mak2 dah….🙊🙊 I love you forever and a day! Huhuhu 😎 Thank u semua for making it happen and also thank you @jibrilss15 for the hospitality! Oh and dont worry, kita celebrate pun ikut SOP hokaaaay….first time celebrate birthday tapi meja berjauhan..🤦‍♂️🤣🤣🤣

Siaran dikongsi oleh Shah Iskandar (@shahiskandarmahfuz) pada

Shah Iskandar bakal menimang cahaya mata sulung selepas empat tahun mendirikan rumah tangga.

Sementara itu, pasangan ini turut menerima ucapan tahniah daripada rakan artis dan pengikutnya yang turut gembira dengan berita itu.

“Tahniah… Alhamdulillah” ujar Zarina Zainoordin.

Dalam pada itu, Shah turut menjelaskan sambutan hari lahir itu disambut mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Terima kasih semua kerana membantu. Jangan risau, kami sambut pun ikut SOP ya.

“Pertama kali sambut ulang tahun kelahiran tapi meja berjauhan,” ujarnya.

Shah berkahwin dengan Siti Sarah di The Ballroom At East Coast, Singapura pada 16 Januari 2016.

Pada Januari lalu, menerusi satu temuramah bersama mStar, Shah berkata, dia tidak tertekan memikirkan tentang anak dan terus berusaha secara normal untuk mendapatkan zuriat.

“Mungkin silap saya dulu pernah cakap nak rancang dan kerana lafaz itu hingga kini belum dikurniakan anak” ujarnya.

Sumber: mStar

Be the first to comment on "Empat Tahun Sabar Menanti… Shah Iskandar Akhirnya Bakal Bergelar Bapa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*