Gara2 Keliru Video Kembar Tiga Ini Tvlar Lagi, Disangka Edit Rupanya betul!

Nampaknya tiga orang jejaka kembar ini kembali tvlar apabila rata-rata warganet masih lagi keliru dengan mereka yang tidak menyangka wajah kembar tiga itu sangat mirip.

Apatah lagi, warganet lebih kerap melihat kembar berdua daripada kembar bertiga ini malah, tiada bahagian yang menunjukkan diantara mereka berbeza sekali gus membuatkan ramai terkejut.

Sebelum ini, tular foto tiga orang jejaka kembar ini ketika kecil yang dapat diperhatikan sangat seiras dan bahkan sudah meningkat dewasa membuatkan warganet teruja melihat kembar tiga berkenaan yang semakin mendapat perhatian ramai.

Kini kembali tular

Melalui Instagram Hot FM, satu perkongsian video mereka mengundang pelbagai reaksi warganet yang menyangka bahawa video ini diedit namun tidak disangka-sangka bahawa ianya betul.

Ini kerana, kata netizen muka mereka tiada beza. Menerusi video ini, tiga kembar ini turut menyahut cabaran yang kini menjadi trend apabila sebuah keluarga atau adik-beradik mengambil semula gambar sama persis ketika mereka kecil dulu.

Lalu, mereka akan membuatkan reaksi yang sama seperti gambar berkenaan dan ternyata, ramai yang telah menyahut cabaran tersebut dan begitu juga kembar tiga ini.

“Wow sama betul muka kembar 3 ni! Korang boleh beza tak? Yang penting patung Doraemon tu maintain hahahaha!”

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Wow sama betul muka kembar 3 ni! Korang boleh beza tak? Yang penting patung Doraemon tu maintain hahahah! 😂😂 Video : Haikal Ajmal

Siaran dikongsi oleh Hot FM (@hotfm976) pada

Video yang dikongsikan itu meraih ribuan tontonan dan dalam pada masa yang sama, ruangan komen dihujani pelbagai reaksi terkejut dengan kembar tiga ini selain kemunculan patung Doraemon juga mencuit hati ramai.

Reaksi ramai diruangan komen

Sumber: Instagram Hot FM via HCL

Be the first to comment on "Gara2 Keliru Video Kembar Tiga Ini Tvlar Lagi, Disangka Edit Rupanya betul!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*