Ben Amir Lega Negat1f C0vid-19 Selepas 2 Kali Buat Ujian

Pelakon Ben Amir memaklumkan kepada peminatnya dia kini disahkan negat1f v1rus C0vid-19.

Memanjatkan rasa syukur, Ben memaklumkan perkara itu menerusi akaun Twitternya pada Jumaat.

“Negat1f! Terima kasih Tuhan,” tulis Ben yang menjalani ujian saringan C0vid-19 kali kedua pada hari sama.

Terdahulu, Ben yang pulang dari Scotland pada 27 Mac lalu menjalani ujian tersebut kali pertama pada minggu lepas dan disahkan negat1f.

Ben berangkat ke Scotland pada awal Mac lalu untuk menjalani penggambaran drama Demi arahan Rahila Ali.

Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi pengarah drama itu yang dijangkiti v1rus C0vid-19.

Turut positif C0vid-19, pelakon gandingan Ben, Puteri Aishah, Ashraf Muslim dan pelakon kanak-kanak, Puteri Rayyana Rayqa serta beberapa kru produksi.

Turut serta dalam penggambaran drama itu, Hasnul Rahmat yang disahkan negat1f v1rus terbabit.

Drama Demi adalah diadaptasi daripada novel yang diterbitkan 26 episod bagi siaran RTM.

Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah C0VID-19!

Sumber: Gempak 

Be the first to comment on "Ben Amir Lega Negat1f C0vid-19 Selepas 2 Kali Buat Ujian"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*