Fattah Amin & Fazura Bakal Timang Cahaya Mata Pertama Selepas 2 Tahun Berkahwin

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga sudah tentu mengimpikan zuriat sebagai pelengkap hidup. Sudah tentu terdetik perasaan gembira apabila mengetahui berita kehamilan dari isteri sendiri.

Menerusi Instagram, Fattah Amin meluahkan rasa gembira atas kehamilan isterinya iaitu Nur Fazura. Kini Fazura dikhabarkan sedang hamil dan usia kandungan baru masuk bulan keempat. Tahniah kami ucapkan!

Setelah melayari 2 tahun perkahwinan

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

After two years of marriage, we are delighted to share that we are expecting our first child. @missfazura is currently in her fourth month of pregnancy. We always believe in Allah’s perfect timing and we are overjoyed by the most beautiful gift Allah SWT has granted upon us. Nothing in the world matters more to us right now than our precious one. We would like to deeply thank everyone for your never ending prayers and well-wishes for us all this time. We are grateful for every single moment of this beautiful phase and we look forward to the blissful months to come. InsyaAllah. Once again, Alhamdulillah and thank you all from the bottom of our hearts. Setelah melayari perkahwinan kami selama dua tahun, Kami ingin berkongsi berita yang amat mengembirakan. InsyaAllah dengan izin Allah SWT kami bakal menimang cahayamata kami yang pertama. Kandungan @missfazura kini dalam bulan keempat, alhamdulillah. Kami sentiasa yakin akan peraturan Allah dan sesungguhnya ini merupakan waktu yang paling tepat bagi kami dikurniakan zuriat yang amat membahagiakan ini. Tiada yang lebih diutamakan dalam hidup kami sekarang melainkan yang tersayang. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan dan memberikan ucap selamat kepada kami selama ini. Kami amat mensyukuri setiap detik dalam fasa ini dan hari-hari indah yang akan datang. InsyaAllah. Alhamdulillah dan terima kasih sekali lagi dari hati kami berdua. 🙏🏻❤️✨👶🏼 @fattzuralovelife

A post shared by Fattah Amin (@fattahaminz) on

Fattah Amin meluahkan rasa syukur dan gembira apabila mengetahu berita tersebut.Setelah 2 tahun melayari alam perkahwinan, kini mereka bakal dikurniakan cahaya mata sulung. Menurut pelakon itu lagi, kandungan isterinya telah cecah usia 4 bulan.

Mensyukuri setiap detik

Pasangan ini turut mengucapkan terima kasih buat semua peminat dan keluarga yang tidak putus mendoakan kesejahteraan mereka. Malah, mereka juga bersyukur dan akan menghargai detik-detik terindah ini bersama.

Tiada yang lebih diutamakan dalam hidup kami sekarang melainkan yang tersayang. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan dan memberikan ucap selamat kepada kami selama ini. Kami amat mensyukuri setiap detik dalam fasa ini dan hari-hari indah yang akan datang.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Fattah Amin/OhBulan

 

 

Be the first to comment on "Fattah Amin & Fazura Bakal Timang Cahaya Mata Pertama Selepas 2 Tahun Berkahwin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*