“Makin Sama Dah Muka” – Suami Cukur Licin Misai Janggut, Ardell Aryana Tak Dapat Tahan Ketawa!

Pelakon dan usahawan, Ardell Aryana tidak dapat menahan tawa apabila melihat penampilan suaminya yang juga pelakon, Nadzmi Adhwa yang tampil ‘polos’ selepas mencukur misai dan janggutnya.

Dalam keadaan yang masih bertelekung sambil beberapa ketika menutup mukanya, bintang itu menyifatkan dirinya seolah-olah tinggal bersama orang lain.

“Lainlah awak cukur misai dengan janggut ni. Saya rasa macam duduk dengan orang lain.

“Macam pe3ngkid. Rasa macam duduk dengan perempuan pakai kupiah pulak aku rasa…,” gurau Ardell.

Dalam pada itu, Nadzmi menerusi ruangan kapsyen pula turut tertanya-apa apakah sebenarnya yang diinginkan golongan isteri.

“Salah ke seorang suami tu nak shave? Orang perempuan ni sebenarnya nak apa? Suka yang ada misai ke yang togel? Kenapa dia gelakkan saya?,” tanya bakal bapa ini lagi.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Salah ke seorang suami tu nak shave? 🤣 Orang perempuan ni sebenarnya nak apa? Suka yang ada misai ke yang togel? 😡 Kenapa dia gelakkan saya? Adeh #AdhwArdell

Siaran dikongsi oleh ناذمي ادهوا نور اذمي (@nadzmiadhwa) pada

Lalu menerusi ruangan komen, para peminat ada meningg4lkan reaksi pelbagai dan tidak kurang yang turut terhibur dengan gelagat suami isteri itu.

Foto: Instagram Nadzmi Adhwa

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

 

Sumber : MH via Gempak

Be the first to comment on "“Makin Sama Dah Muka” – Suami Cukur Licin Misai Janggut, Ardell Aryana Tak Dapat Tahan Ketawa!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*