“Maaf Kepada Yang Suka Atau Tidak Dengan Kami…”- DS Nur Shahida Tunai Umrah Bersama Anak-Anak Tanpa Suami

Isteri kepada jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida berangkat ke tanah suci bagi mengerjakan ibadah umrah bersama lima orang anaknya semalam.

Shahida yang tidak ditemani suaminya itu memohon maaf kepada semua dan meminta doa agar urusannya dipermudahkan.

“Kami pergi dulu, doakan kami selamat pergi dan pulang. insya-Allah yang kirim doa saya sampaikan….

“Maaf kepada semua followers yang suka atau tidak suka kami. Kami mohon ampun dan maaf atas segala kekhilafan kami.

“Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah SWT dan kurang itu dari kami,” tulisnya.

Shahida berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi foto yang dikongsikan, kelihatan Shahida membawa kelima-lima anaknya iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi dan termasuk yang baru berusia dua bulan Raudhah Arshiyah.

Selain itu, Shahida juga turut ditemani ibu bapanya, nenek mentuanya serta pembantu rumah.

Baru-baru ini, suaminya baru sahaja dilanda kontroversi berkenaan video yang dimuat naik ketika berkunjung ke rumah ibu bapa balu kepada Allahyarham Abam Bocey, Nor Hidayah Mohd Ali.

Video tersebut menjadi punca pelawak Ali Puteh mengeluarkan kata-kata kesat kepada kakak iparnya sehingga isu tersebut menjadi besar serta berlanjutan.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sinar Viral Press

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Rojak Media

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "“Maaf Kepada Yang Suka Atau Tidak Dengan Kami…”- DS Nur Shahida Tunai Umrah Bersama Anak-Anak Tanpa Suami"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*