“Dia kata isu ini dah selesai… apa yang selesai?” – Bekas kekasih beri tempoh seminggu untuk Daniel daftar semula lagu Sumpah

“Sila Kemukakan Bukti” Naim Daniel.

“KALAU betul seperti did4kwa, sila kemukakan bukti,” kata penyanyi popular, Naim Daniel berhubung kenyataan bek4s kekasihnya, Dayana yang mendakwa lagu Svmpah adalah ciptaan mereka bersama.

Naim, 23, atau nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel Baharin berkata, dia dan pihak pengurusan sentiasa terbuka jika terdapat bvkti kukuh.

Naim yang juga pemenang Juara Lagu menerusi lagu Svmpah pada Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL 34) lalu akan memberikan kenyataan lengkap esok.

“Oleh kerana tuntutan itu secara tiba-tiba dan dipublisitikan sedemikian rupa untuk mendapat perhatian, saya dan pasukan akan memberikan maklum balas dengan segera. Insya-Allah esok. Kami sentiasa terbuka untuk menerima jika terdapat bukti kukuh,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, Dayana atau nama sebenarnya, Siti Amirah Dayana Mohd Amerullah meminta Naim mendaftarkan lagu Sumpah sebagai hak milik bersama.

Dayana berkata, tindakan diambilnya untuk mengadakan sidang media juga tidak ada kena mengena dengan tuntutan wang.

Menerusi sidang media yang diadakan Dayana petang tadi, dia memberi tempoh seminggu kepada Naim untuk membuat pengakuan secara terbuka bahawa lagu itu adalah karya ciptaan bersama mereka.

Dia sering menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai yang isu ini sudah selesai.

DAYANA

“Malah dia sering menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai yang isu ini sudah selesai sedangkan tiada sebarang tindakan diambil oleh pihaknya,” kata Dayana kepada mStar.

Dayana ditemui pada satu majlis sidang media berhubung isu hak cipta lirik serta lagu Sumpah yang dianjurkan Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (Irama) di Kota Damansara pada Rabu.

Dayana (bertudung hijau) bersama peguamnya (baju putih) dan wakil Irama mengadakan sidang media khas pada Rabu.

Dalam pada itu, peguam yang mewakili Dayana iaitu Ahmad Zaharil Muhaiyar menjelaskan pihaknya memberi tempoh selama seminggu kepada Naim untuk mendaftarkan lagu berkenaan sebagai hak milik bersama bagi mengelak konflik berpanjangan.

Tambahnya, pihaknya akan meneruskan tindakan undang-undang sekiranya pemenang juara Anugerah Juara Lagu ke-34 itu mengambil sikap tidak acuh.

“Jujur sahaja! Kami mahukan kejujuran Naim. Pihak kami sudah mempunyai bahan bukti yang mencukupi untuk membawa kes ini ke peringkat yang lebih jauh namun biarlah kami simpan dahulu buat masa sekarang.

“Dayana tak minta keuntungan namun kec3wa apabila dia kata perkara ini dah selesai, apa yang selesai?

“Beri tahu sahaja kepada umum yang lagu ini dibuat bersama-sama. Dia ada tempoh seminggu dan biarlah s4man menjadi tindakan terakhir yang kami gunakan,” katanya.

Sumber : HM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sinar Viral Press

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Rojak Media

 

Be the first to comment on "“Dia kata isu ini dah selesai… apa yang selesai?” – Bekas kekasih beri tempoh seminggu untuk Daniel daftar semula lagu Sumpah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*