“Zahirah MacWilson, Emma Maembong Nikah Khamis Ini” Ini Jawapan Tuan Punya Badan

“TUNGGU saja dan lihat. Ia adalah satu detik yang besar buat kehidupan saya. Saya bukan nak berahsia, tapi biarlah ia menjadi kejvtan,” kata pelakon jelita, Zahirah MacWilson, 25, mengenai majlis pernikahannya dengan tunang, Aiman Hakim Redza yang dikatakan akan berlangsung, Khamis ini.

Zahirah ketika ditemui bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan mengesahkan tarikh itu yang juga tarikh cantik iaitu 20022020.

Dalam pada itu, undangan majlis persandingan kedua-duanya sudah mula diedarkan dan akan berlangsung Jumaat ini di Glamhall, Mercu Mustapha Kamal, Damansara Perdana di Petaling Jaya jam 7.45 malam.

Ditanya mengenai perasaannya menjelang tarikh keramat itu, Zahirah mengakui teruja untuk menjalani fasa baru dalam kehidupannya itu.

“Ya, saya teruja. Ia adalah perjalanan dan cabaran baru yang akan saya tempuhi,” katanya.

Zahirah juga memaklumkan tidak akan ada sebarang majlis sidang media yang akan diadakan untuk pengumuman tarikh majlis pernikahannya.

Menurutnya, dia sendiri melakukan persiapan sepenuhnya untuk majlis itu tanpa sebarang tajaan.

“Saya bersyukur kerana ada pasukan pengurusan yang sangat bagus dan kami uruskan sendiri mengenai persiapan majlis itu nanti,” katanya.

Zahirah juga mengambil peluang untuk mengucapkan terima kasih kepada peminat yang sendiri memberikan komen dan ucapan positif buatnya.

Zahirah berkata demikian sebagai mengulas mengenai foto yang dikatakan foto pra-perkahwinan lengkap dengan tanda pagar gabungan nama serta tarikh 20 Februari yang dimuatnaiknya bersama Aiman di Instagram.

Pasangan itu mula mengenali satu sama lain sejak hampir empat tahun lalu dan mula rapat pada November 2018.

Kedua-duanya mengikat tali pertunangan pada Jun tahun lalu di Australia.

Selain itu, secara kebetulan  seorang lagi artis juga dikatakan akan melangsungkan perkahwinan khamis ini

Emma Maembong juga nikah Khamis ini?

PELAKON popular, Emma Maembong bakal melangsungkan pernikahan dengan lelaki pilihannya yang dikenali sebagai Mr S, Khamis ini.

Difahamkan, majlis pernikahan itu berlangsung secara tertutup membabitkan keluarga dan rakan terdekat kedua belah keluarga saja.

Berdasarkan tarikh cantik 20022020, kemungkinan ia menjadi tarikh pernikahan mereka adalah benar. Namun, d4kwaan mengatakan bakal suami Emma adalah kerabat diraja adalah tidak benar. Sebaliknya, lelaki berusia 32 tahun itu bekerja sebagai juruterbang di syarikat penerbangan swasta tempatan.

Menurut sumber, perhubungan Emma dan bakal suami berlangsung dalam tempoh singkat sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.

Butiran lanjut mengenai pernikahan juga tidak did3dahkan bagi menghorm4ti permintaan keluarga Emma.

Sebelum ini, Emma pernah bercinta dengan pelawak, Zizan Razak dan pelakon, Kamal Adli. Malah, Emma juga digosip menjalin hubungan dengan abang kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman iaitu Syed Abdullah.

Emma juga mencetuskan kontrovers1i apabila membuka tudung tahun lalu.

Bagaimanapun, usaha Harian Metro mendapatkan pengesahan daripada Emma berhubung perkara ini tidak berjaya apabila mesej WhatsApp dihantar tidak dibalas.

 

Sumber : duniadanakhirat/Rose Merah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sinar Viral Press

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Rojak Media

 

Be the first to comment on "“Zahirah MacWilson, Emma Maembong Nikah Khamis Ini” Ini Jawapan Tuan Punya Badan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*