Pernah Dih4sut Keluar Islam. Ini Tindakan Mark Adam

Penyanyi Mark Adam mengakui pernah dipersoal dan dih4sut oleh individu tertentu untuk keluar dari agama Islam.

Kata Mark atau nama Islamnya, Fikri Mark Adam, 40, kenalannya di kampungnya di Filipina sering bertanyakan sebab dia memeluk Islam hampir 17 tahun lalu.

“Apabila sudah masuk Islam pernah juga saya dih4sut keluar Islam, antaranya kawan-kawan saya di kampung.

“Mereka keliru, agama apakah ini, kenapa masuk? Baliklah…,” cerita Mark yang asalnya beragama Kr1stian.

Pernah Ajak Mak

Mark juga mengakui pernah mengajak individu lain untuk memelluk agama Islam terutama ibunya, Florenda Macaraig Echivarre.

“Kawan-kawan, keluarga misalnya emak saya, pernah juga saya ajak untuk masuk Islam.

“Tetapi mak saya contohnya akan ada banyak pertanyaan, jadi saya tunggu terlebih dahulu,” kongsinya.

Pendedahan itu dikongsikan Mark dalam sesi soal jawab Pernah atau Tak Pernah yang dikongsikan di Instagram Salam Muslim.

Mark Adam berdoa ibu peluk Islam

PENYANYI Mark Adam, 40, berdoa dan mengimpikan supaya ibunya, Florenda Macaraig Echivarre, 60, memeluuk Islam, satu hari nanti.

Mark atau nama sebenarnya Mark Adam Fikri Abdullah berkata, sejak kebelakangan ini ibunya sering bertanyakan mengenai Islam selepas suka melihat tingkah laku Mark selepas memeluuk Islam.

“Ibu amat menyukai sikap saya sekarang dan dia beritahu banyak perubahan positif terhadap saya selepas memeluuk Islam.

“Saya tidak akan memaksa ibu menukar agama tetapi jika dia memeluuk Islam, saya manusia pertama yang gembira dan bersyukur,” katanya.

Sehubungan itu, Mark bercerita kepada ibunya mengenai kebaikan dan keindahan Islam.

“Apabila saya memeluuk Islam pada 2003, saya menikm4ti ketenangan dan perubahan. Antara yang dipelajari adalah menghorm4ti orang dan agama lain. Saya percaya Islam agama yang benar dan berdoa ibu mengikuti jejak langkah saya,” katanya.

Menurut Mark, Islam juga mengajarnya persediaan ketika hidup dan selepas meningg4l dunia.

“Saya bersyukur kerana isteri (Nor Azah Redzuan) dan bapa mentua banyak membantu mengenai ajaran Islam. Setakat ini saya sudah mempelajari solat termasuk berpuasa penuh (ketika Ramadan) sejak beberapa tahun lalu,” katanya.

Menurut Mark, dia masih mempelajari dan mahu memantapkan bacaan al-Quran.

“Selain keluarga, rakan selebriti seperti Shuib (Sepah) turut membantu dalam agama dan saya ketika ini mementingkan solat berjemaah,” katanya.

Lebih penting baginya, dia mengenali Rasulullah SAW selepas memeluuk Islam biarpun sebelum ini hanya mendengar mengenai Pesuruh Allah itu.

“Impian saya adalah untuk terus kekal dan mendalami agama ini secara menyeluruh,” katanya.

Mark menerusi Instagram miliknya sebelum ini memuat naik video dan menghadiahkan ibunya sebuah rumah yang diimpikan sejak 1996.

Dalam perkembangan sama, Mark muncul bersama pengarah Michael Ang dalam rancangan Mike & Mark Diari Mualaf.

Rancangan itu disiarkan setiap hari Khamis pukul 9 malam di saluran Naura 125.

 

 

Sumber : duniadanakhirat

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sinar Viral Press

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Rojak Media

 

Be the first to comment on "Pernah Dih4sut Keluar Islam. Ini Tindakan Mark Adam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*