Ali Ceritakan Abam Pernah Buat Sesuatu Yang Orang Lain Susah Nak Buat Walaupun Orang Itu Kaya Raya

TERLALU banyak rahsia dan amalan kebajikan yang dilakukan arw4h Abam semasa hidup sehinggalah ia terbongkar satu persatu selepas men1nggal dunia.

Menceritakan mengenai amalan yang dilakukan oleh Allahy4rham, adiknya iaitu Ali Puteh mengakui Abam banyak melakukan amal jariah tanpa memberitahu kepada umum.

“arw4h Abam memang pemurah dan tak pernah berkira… benda ini dia tak pernah heboh pada sesiapa, dia tak pernah tunjuk atau beritahu orang… dia pernah kata dekat saya buat apa nak tunjuk nanti jadi tak best! Dia buat bukan sebab banyak duit, tapi sebab dia memang pemurah. Kena tipu pun ada tapi dia kata tak apalah Allah ada.

“Saya tahu dia ada tanggung anak-anak yatim, Abam tak panggil sumbangan tapi dia kata duit belanja untuk adik-adik dia, selalu bertanya fasal adik-adiknya dah makan ke belum dan minta saya hantarkan makanan ke pusat tahfiz berhampiran rumah,” ujarnya.

Selain itu, Ali berkata, arw4h selalu melakukan amalan bersedekah yang kadang-kala tidak terfikir oleh manusia lain.

SELALU BELANJA 1 KEDAI MAKAN DAN HARGA DIA BUKAN SIKIT SIKIT

Image result for kisah abam

Katanya, arw4h sering kali bersedekah dan belanja makan walaupun orang yang tidak dikenalinya.

Kali terakhir arw4h belanja lapan meja di sebuah kedai makan sempena hari jadinya pada Januari lalu.

“Dia pernah pergi kedai mamak dan semasa itu ramai pelanggan, dia tak intai pun siapa ada dalam kedai makan tu, dia panggil pekerja suruh kira untuk semua orang yang makan dalam kedai itu dan bayar tapi dia minta orang kedai jangan beritahu dia belanja,” katanya ketika ditemubual portal Malaysia Gazzete pada Jumaat lalu.

Gambar Hiasan

Dalam pada itu, Ali berkata dia juga baru mengetahui Abam ada membantu memberikan dana kepada seorang ustaz untuk menyampaikan d4kwah di Pahang.

Perkara itu did3dahkan oleh Pencetus Ummah (PU) Azman melalui panggilan telefon.

“PU Azman telefon saya dan dia diam sahaja, saya tanya kenapa diam… rupanya dia menangis dan meraung, dia menyampaikan pesanan kawannya, Ustaz Anas iaitu seorang penceramah bebas dari Pahang.

“Katanya pergerakan Ustaz itu menyampaikan ceramah dan kuliah ditanggung oleh arw4h Abam. Itu sebab PU Azman menangis, bayangkan kita bukan belanja orang pergi bercuti tapi dia tanggung untuk kuliah agama,” katanya.

Sementara itu, berkongsi cerita mengenai pengalaman menguruskan jen4zah Abam , Ali berkata dia terkejut dan tidak menyangka ribuan manusia hadir memberikan penghormatan terakhir.

“Cemburunya orang ramai atau alim ulama bukan sebab dia m4ti tapi cara Allah ambil dia yang sangat luar biasa dengan keadaan ribuan manusia yang datang, di h0spital boleh dikatakan semua kakitangan turun untuk melihat dan sedekahkan Al Fatihah, saya yang bersama arw4h dari h0spital merasakan ini benda luar biasa.

“Bila kami dalam perjalanan pulang ke rumah, keadaan jalan sesak tervk, ingatkan orang nak keluar ke tol Gombak tapi rupanya mereka nak ke masjid untuk tengok arw4h… sampai sahaja di masjid semua orang membantu yang mana kebanyakan mereka yang datang saya tak kenal.

“Saya selalu uruskan dan mandikan jen4zah keluarga dan saudara mara, tapi untuk Abam saya tak mampu dan hanya boleh tengok sahaja, satu benda yang tak jangka bila keluar bilik mandi terlalu ramai orang menunggu dan di depan pintu ada lebih kurang 40 orang anak-anak tahfiz setia menunggu… saya tengok setiap wajah dan rasa macam kenal, rupanya mereka ini anak-anak yatim yang arw4h tanggung dulu,” ujarnya.

Meskipun sudah hampir seminggu pemergian arw4h, Ali berkata mereka sekeluarga masih menerima kehadiran tetamu yang datang dari jauh semata-mata ingin menziarah kvbur Allahy4rham.

“Daripada hari pertama dia men1nggal sampailah sekarang masih ada yang datang ke rumah kami, mereka semua orang luar dari Kuala Lumpur dan tak pernah jumpa Abam… ada yang naik motosikal sanggup menunggang jauh semata-mata nak ziarah.

“Semasa majlis tahlil tempoh hari, ada seorang mak cik dari Sabah sanggup terbang datang ke sini. Sampaikan penjaga kawasan kvbvr dan siap-siap sediakan kerusi untuk tetamu menziarah.

“Begitulah Allah gerakkan hati mereka untuk datang walaupun ada yang sibuk dengan kerja. Allah angkat darjat dia dan mungkin ia boleh jadi pengajaran untuk kita, setiap orang akan m4ti tapi kita tak tahu macam mana pengakhiran kita,” katanya.

Pada Isnin lalu, Abam atau nama sebenar Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, men1nggal dunia di kediamannya di Gombak selepas dua hari mengalami d3mam panas.

Allahy4rham meningg4lkan seorang isteri, Nor Hidayah dan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia lapan bulan.

 

Sumber : MSTAR ONLINE/Sinar Allnws

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sinar Viral Press

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Rojak Media

 

Be the first to comment on "Ali Ceritakan Abam Pernah Buat Sesuatu Yang Orang Lain Susah Nak Buat Walaupun Orang Itu Kaya Raya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*