selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jambu, Kota Bharu petang Jumaat.

Allahyarham L/Kpl Mohamad Faiz Bukhari, 28, isterinya Nik Iedayu Nik Hassan, 30, dan anak bongsu mereka, Mohamad Faqih Irsyad, 16 bulan selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jambu, Kota Bharu petang Jumaat.

Foto: Bernama

 

JENAZAH anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Siput, Allahyarham L/Kpl Mohamad Faiz Bukhari, 28, isterinya Nik Iedayu Nik Hassan, 30, dan anak bongsu mereka, Mohamad Faqih Irsyad, 16 bulan selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jambu, Kota Bharu petang Jumaat.

Lebih 200 saudara dan kenalan mengiringi ketiga-tiga jenazah yang dikebumikan kira-kira pukul 6 petang ini.

Sementara itu, jenazah adik kepada Nik Iedayu iaitu Nik Ifieka, 28, yang turut m4ut dalam kemalangan itu dibawa pulang ke kampung halamannya di Kampung Jejulok, Bachok, Kelantan.

Terdahulu, jenazah tiga sekeluarga berkenaan yang dibawa pulang dengan tiga van jenazah tiba di rumah keluarga Allahyarham Mohamad Faiz di Kampung Jambu, Panji, Kota Bharu kira-kira 4.50 petang dari Hospital Sungai Siput, Perak sebelum disembahyangkan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chempaka Ahmad Fathan Mahmood mengimamkan solat jenazah berkenaan.

Dalam kemalangan kira-kira pukul 10.20 malam Khamis di KM37, Jalan Ipoh-Kuala Kangsar, Mohamad Faiz, isterinya Nik Iedayu, anak bongsu mereka Mohamad Faqih Irsyad, dan Nik Ifieka yang menaiki kereta Proton Saga BLM m4ut akibat pelanggaran dengan sebuah treler muatan bahan binaan yang dalam perjalanan dari Ipoh ke Kuala Kangsar yang terbabas sebelum memasuki jalan bertentangan di lokasi kejadian.

Anak sulung pasangan itu, Mohamad Fariz Iskandar, 3, cedera parah dan masih mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. – BERNAMA

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sinar Viral Press

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Rojak Media

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jambu, Kota Bharu petang Jumaat."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*