Pernah Masa Nk Buat Live PUBG, Abam Siap Mesej ‘Eh Aku Nk Dtg Nak Join’. Pdahal Benda Tu Free Je

Perginya seorang lagi permata dalam dunia hiburan lawak tanahair.

Sebelum ini empat orang pelawak terkenal negara telah pergi dijemput llahi iaitu Harun Salim Bachik, Yus Jambu dan Kamal Chilok dalam tempoh lima tahun ini.

Dan Isnin lalu, kita dikejutkan dengan berita pemergian Abam atau nama sebenar Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan yang mninggal dnia kerana dmam panas.

” Abam mempunyai sifat yang sentiasa menyokong rakan-rakan industri. Dia tak pernah m3nolak setiap kali saya meminta pertolongan membantu mempromosikan aktiviti yang dilakukan di media sosial walaupun ia tidak berbayar.

Itu luahan pelawak dan penyampai radio Shuk Sahar atau Shuk HotFM yang menyifatkan Allahyrh4m Abam atau Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan daripada kumpulan Bocey sebagai individu yang suka membantu malah tidak pernah berkira tentang wang ringgit.

Shuk atau nama sebenar Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 34, juga berkata arwh adalah seorang yang merendah diri walaupun menjadi antara pelawak yang disegani ramai.

” Arwh tidak pernah bersifat meninggi diri walau setinggi manapun dia berada dalam industri hiburan tanah air,” kata Shuk kepada wartawan.

Menurut Shuk beliau terasa dua pemergian orang yang pernah bekerja sekali dengannya. Yang pertama sekali Lok U, tak lama rasanya kurang dari 100 hari, tak sampai sebulan selepas itu (dapat berita) pemergian Abam pula.

” Dua-dua berita yang saya terima ini, keduanya ketika saya tengah buat radio pagi bersama dengan Shuib. Masa itu kita baru habis AJL dan tengah temubual Hafiz Suip dan Naim Daniel.

” Tengah happy giler, tiba-tiba Mamak (Puteh) call saya dan beritahu “Shuk, Abam dah takde”.

” Masa tu saya terdiam tak tahu nak cakap apa, nak kongsikan perasaan itu pun tak tahu,” kata Shuk.

Meskipun tidak terlalu rapat dan bukanlah orang yang selalu ada dengan Abam, kata Shuk beliau sekali sekala kita akan cari peluang untuk menghubungi bertanya khabar kawan-kawan.

” Tapi sekarang tiada lagi, orang yang bernama Abam sudah tiada. Kalau kita rindu sekalipun, kalau kita nak call dia, dah takde Abam.

Tambah Shuk lagi beliau secara peribadi mengenali Allahyrh4m Abam, dia tak pernah s0mbong dengan orang sekeliling dia tak kisah macam mana dia dah berada.

” Dia jenis support member-member, kalau macam kita ada buat sesuatu (bisnes) dan minta dia repost untuk tolong promote, dia jenis yang takde tunggu dan buang masa.

” Macam saya pernah sekali nak buat live gaming untuk PUBG, dia sendiri siap mesej “eh aku nak datang lah nak join dengan kau”. Padahal benda tu tak berbayar pun” akhiri Shuk

Kenangan Terakh1ir Bersama Abam

Rakan rapat kepada pelawak Abam Bocey, Pojie Pidon atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Amiden berkongsi sebuah video yang dirakam tiga hari sebelum arw4h menlnggal dunia.

Kata Pojie, rakaman tersebut adalah kenangan dan percutian ter4khir mereka bersama Abam di Melaka.

Dalam pada itu, Pojie turut mend3dahkan keadaan Abam yang sedang dem4m ketika itu.

“Aku abadikan kat sini..Ni video ter4khir (7 Februari 2020) kami bersama Allahy4rham #Abam masa ni dalam perjalanan balik Kuala Lumpur dari Melaka.

“Pada asalnya kami nak balik hari je tah macam mana Abam kata jom cari hotel.

“Jadilah percutian sekejap tak sangka ni percutian ter4khir..

“Sama-sama sedekahkan Al-Fatihah. Moga roh Allahyarham Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Ridzuan @ Abam Bocey ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman insya-Allah.

“Kami sayang kau abang. Kau hargai kami dah macam keluarga,” tulisnya sebagai kapsyen.

ruangan komen, rata-rata pengikut Pojie menyedari raut wajah Abam yang kelihatan berbeza dan kep3natan.

“Tapi masa muka dia dem4m ni nampak sangat lain. Sebab setahu aku Abam ni jarang s4kit kan? @pojie.pidon takpelah semua ketentuan Allah.

“Nampak sangat muka Abam l3tih. Al-fatihah untuk Abam.

“Al-fatihah kat arwah Abam. Nampak sangat dia tak sihat. Maaf saya terperasan ada l3kuk kat dahi arw4h. Moga arw4h ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

“Memang nampak macam Abam dah kej4uhan.

“Nampak masa ni Abam dah lain.

“Nampak dah arw4h p3nat dan l3tih,” antara komen-komen yang dit1ngg4Lkan.

Terdahulu, pelawak popular Abam yang juga anggota kumpulan Bocey menlnggal dunia di kediamannya di Gombak awal pagi semalam (10 Februari).

Abam menlnggalkan seorang balu, Nor Hidayah dan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia lapan bulan.

Rasa janggal enam hari sebelum Abam meni1nggal dunia – Fad Bocey

ARW4AH merancang nak tambah seorang lagi anak,” kata anggota kumpulan Bocey, Fad menceritakan perbualan terakhirnya dengan Allahyarham Abam sebelum dia meni1nggal dunia Isnin lalu.

Fad, 29, atau nama sebenarnya Muhammad Fadzlie Mohd Nizam berkata, perkara itu dikongsi Abam menerusi ruangan komen di Instagram Fad iaitu dua hari sebelum dia bersama keluarga bercuti ke Tokyo, Jepun pada 4 Februari lalu.

Fad berkata, kali terakhir dia berjumpa Abam pada 21 Januari lalu dan ketika itu mereka tidak seperti kebiasaan yang akan saling bersalam dan berpelukan ketika bertemu.

“Kami dijemput Ustaz Amin Idris bagi berkongsi mengenai kejayaan Bocey. Ketika itu, ustaz tegur dan cakap kenapa kami kelihatan janggal antara satu sama lain yang tidak bersalaman. Kebiasaannya kami tidak begitu. Saya pun cakap perkara sama yang turut merasa janggal. Tak sangka pula itu sebenarnya tanda arwah nak meningg4lkan kami.

 

Sumber : mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sinar Viral Press

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Rojak Media

 

Be the first to comment on "Pernah Masa Nk Buat Live PUBG, Abam Siap Mesej ‘Eh Aku Nk Dtg Nak Join’. Pdahal Benda Tu Free Je"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*