“Alaa cantiknya” antara kata pujian ramai yang ditinggalkan di ruangan komen Instagram milik Mira Filzah. Baru-baru ini pelakon dan pengacara ini memuatnaik satu foto dirinya sendiri yang berbaju kurung dengan gaya tudung bawal telah meraih perhatian ramai.
Perkongsian dengan kapsyen yang memberitahu Mira Filzah berlakon dalam drama Kau Bidadari itu menerusi laman Instagram miliknya telah meraih lebih 117 ribu likes.
Berikut adalah foto penampilan Mira Filzah yang dimuatnaik oleh selebriti ini:
Di ruangan kapsyen Mira Filzah menulis kaspyen, “manis Suhaila. #KauBidadari for Ramadhan, Astro Ria.”
Menerusi ruangan komen, Mira Filzah turut memberitahu dia memegang karakter sebagai seorang cikgu tadika. Padanlah penampilannya cukup ayu berbaju kurung dengan tudung bawal!
Difahamkan drama yang bakal ditayangkan di Astro Ria pada bulan Ramadhan ini turut membariskan pelakon hebat lain seperti Zul Ariffin, Hasnul Rahmat, Ruminah Sidek dan lain-lain lagi.
Ini pula adalah salah satu perkongsian ketika sesi pengambaran drama Kau Bidadari ini:
Seperti biasa jika drama yang dibintangi oleh Mira Filzah pasti ramai yang tidak sabar menantikannya. Malah penampilan Mira Filzah dalam drama ini yang cukup ayu dan sopan telah menerima pujian dari orang ramai.
“Lama tak tengok Mira pakai bawal camni..cantikk”
“Gadis Melayu terakhir sangat nihh”
“Alaaa cantiknyaaa”
Sumber: Mira Filzah / Kaubidadari_
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sinar Viral Press
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Rojak Media
Be the first to comment on "Penampilan Mira Filzah Dalam Drama ‘Kau Bidadari’ Dipuji Ramai"