Bom0h Kata Kena Buatan Orang” – Ini Keadaan Terkini Mamat Khalid

BEBERAPA kali keluar masuk hospital tahun lalu akibat peny4kit p4ru-p4ru berair atau pneumonia, pengarah Mamat Khalid berkata kesihatannya kini semakin baik.

Menurut, Mamat atau nama sebenar Mohamad Khalid, 57, pada awal dia menyangka peny4kit itu berpunca daripada terkena buatan orang dan cuba mendapatkan raw4tan kaedah tradisional.

“Mula-mula saya s4kit sampai tak boleh bernafas dan masa itu, saya tak faham kenapa boleh jadi macam itu. Dah terfikir… mesti kena buatan orang.

Mamat berkerusi roda ditemui ketika malam gala filem Rock 4 pada malam, Rabu.

“Pergi berubat secara tradisional, bom0h kata kena buatan orang. Bila dah semakin teruk, pergi hospital barulah doktor sahkan p4ru-p4ru dah penuh air.

“Saya pernah dik0makan selama 21 hari akibat masalah itu pada tahun lalu. Kalau diikutkan, maksimum manusia biasa boleh dik0makan selama 15 hari sahaja,” katanya kepada mStar. 

Mamat ditemui ketika Malam Gala filem ROCK 4: Rockers Never Dai! di MM Cineplexes @ E-Curve, Petaling Jaya pada malam, Rabu.

 

Pergi berubat secara tradisional pun, bom0h kata kena buatan orang. 

MAMAT KHALID

PENGARAH FILEM

Pada Januari tahun lalu, Mamat pernah k0ma lebih dua minggu dan ditempatkan di Unit Raw4tan Rapi (ICU) di sebuah pusat perub4tan di Petaling Jaya akibat daripada lebihan air dalam badan.

Kemudian, Mamat sekali lagi dimasukkan ke ICU di sebuah pusat perubatan di Ipoh, Perak selepas mengalami sesak nafas berpunca daripada masalah samaOktober tahun lalu.

Dalam pada itu, biarpun kesihatannya kini beransur pulih namun dia yang kini berkerusi roda perlu mengawal pengambilan air dalam badan supaya tidak berlebihan.

Keadaan Mamat ketika dimasukkan ke ICU pada Januari dan Oktober tahun lalu.

“Alhamdulillah, keadaan kesihatan saya kini semakin baik. Terima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan yang banyak memberi semangat kepada saya.

“Badan saya pun dah rasa sihat sekarang ini. Bila dah keluar hospital, saya kenalah jaga kesihatan dan kena kurangkan minum air.

“Sebab itu kalau nampak saya minum berlebihan, rampas minuman itu untuk kesihatan saya,” ujarnya.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sinar Viral Press

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Rojak Media

Sumber : MStar

Be the first to comment on "Bom0h Kata Kena Buatan Orang” – Ini Keadaan Terkini Mamat Khalid"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*