Izara Aishah bakal menimang cahaya mata. “Alhamdulillah, semua doakan agar dipermudahkan proses bersalin nanti dan baby girl sihat walafiat,” tulis Siti.

Pelakon Izara Aishah bakal menimang cahaya mata perempuan pada April 2020.

Perkara itu dikongsikan oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza sempena majlis Baby Shower Izara yang berlangsung pada petang Khamis.

“Alhamdulillah, semua doakan agar dipermudahkan proses bersalin nanti dan baby girl sihat walafiat,” tulis Siti.

Siti turut berkongsi beberapa foto menarik sekitar majlis yang bertemakan warna hijau pudina itu.

Hadir sama ibu mertua Izara, Datin Seri Tengku Zawyah Tengku Izham yang turut mengumumkan jantina anak yang dikandung Izara.

Momen bahagia Izara turut dikongsikan bersama kakak iparnya, Tya Ariffin dan rakan baiknya, pelakon Farah Nabilah.

Izara dan Adib Khalid telah mendirikan rumah tangga pada 17 November 2017.

Jom tengok gambar-gambar menarik sekitar majlis baby shower Izara Aishah.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sinar Viral Press

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Rojak Media

Sumber :

Be the first to comment on "Izara Aishah bakal menimang cahaya mata. “Alhamdulillah, semua doakan agar dipermudahkan proses bersalin nanti dan baby girl sihat walafiat,” tulis Siti."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*