Komen Acey bila kata ada wanita bwk anak Merayu nak Ziarah Arwh Abam jam 10:30 mlm

BUKAN seorang, tetapi ramai yang menerima sumbangan daripada arw4h Abam.

Pendedahan itu diberikan rakan rapat kepada arwah Abam, Achey yang mengetahui sifat mulia rakannya itu yang kerap bersedekah dan membantu orang memerlukan.

Achey mengulas mengenai tular di media sosial mengenai kedatangan dua beranak ke pusara Abam selepas selesai bacaan talkin yang kemudian mendedahkan arwh menampung segala perbelanjaan sekolah anak-anaknya selama ini.

Achey berkata, arwh Abam pernah bercerita mengenai apa yang dilakukan termasuk sedekah kepada dua rumah anak yatim di Gombak setiap kali menerima imbuhan gajinya.

“Banyak wang hasil pertandingan mahupun gajinya, dia akan berikan kepada ibu serta adik beradiknya manakala selebihnya digunakan untuk membantu mereka memerlukan.

“Rezeki dia dapat sama ada sikit atau banyak akan disumbangkan kepada mereka yang memerlukan. Jadi saya tidak hairan mungkin wanita berkenaan salah seorang penerima sedekah arwah Abam,” katanya kepada Harian Metro.

Achey berkata, dia mahupun Fad tidak pernah mengenali individu dibantu arw4h tetapi mengetahui tentangnya.

“Hanya arwh dan individu berkenaan saja mengetahuinya, kami rakan rapat arwh pun tidak tahu siapa yang menerima sumbangan berkenaan.

“Semoga kebaikan Abam ini menjadi ikutan dan contoh kepada rakan artis lain serta masyarakat,” katanya

Artikel berkaitan: “Dia yang menampung persekolahan anak saya”

“TOLONGLAH pakcik, saya nak masuk tengok kubvr arwah Abam.

“Selama ini dia yang menampung persekolahan anak saya,” demikian rayuan seorang wanita kepada penggali kvbur yang dikenali sebagai Khairuddin, 51, supaya membenarkan dia melawat pus4ra pelawak terkenal, Abam Bocey, malam semalam.

Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 32, pergi mengadap Ilahi di kediamannya di Kampung Sungai Salak, Batu 10, Jalan Gombak pada jam 7.15 pagi semalam selepas mengalami dem4m selama dua hari.

Menurut Khairuddin, dia didatangi wanita berusia lingkungan 40-an bersama anak perempuannya berusia belasan tahun yang menunggang motosikal kira-kira jam 8 malam di Tanah Perkvburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak.

“Selesai bacaan talkin, saya memberi masa 10 minit kepada waris dan rakan untuk berada di pus4ra arwah Abam sebelum menutup lampu dan meminta sesiapa yang ingin melawat kvbur arw4h supaya datang pagi esok (hari ini).

“Selepas menutup semua lampu dan pintu pagar, saya didatangi seorang wanita dan anaknya yang merayu supaya membenarkan mereka menziarahi pus4ra Abam,” katanya.

Khairuddin berkata, rayuan wanita itu meruntun hatinya walaupun pada mulanya dia meminta mereka supaya datang semula melawat keesokan pagi.

“Tetapi wanita berkenaan tetap merayu supaya saya membenarkannya masuk walaupun sekejap. Saya memberitahu wanita ini supaya datanglah esok, kubvr ini sampai kiam4t ada.

“Tetapi dia berkeras untuk masuk sebelum saya membenarkan dan menunjukkan kvbur arwah,” katanya.

Menurutnya, dia menunjukkan jalan ke kvbur arwah Abam sebelum menemani dua beranak terbabit berikutan keadaan ketika itu sudah gelap.

“Wanita itu mengambil masa 20 minit di pusara Abam dan saya dapat melihat kesedihannya yang ketika itu sedang berdoa.

“Selesai melawat pus4ra, saya bertanyakan apa hubungan arw4h dengannya dan dia menceritakan dia bukan waris kepada Abam tetapi mengakui dia dan anak-anak banyak menerima sumbangan daripada arwh, malah Abam yang menyekolahkan anak dan menampung keluarganya,” katanya.

Menurutnya, dia terus terdiam dan sebak mendengar cerita wanita itu dan terdetik dalam hatinya siapa lagi yang dibantu arw4h sepanjang hayatnya.

“Selepas itu wanita berkenaan terus pulang dan saya tidak sempat mengambil nombor telefon atau maklumat lain. Pagi tadi (hari ini) saya menunggu kedatangan wanita berkenaan di kvbur tetapi tiada,” katanya.

Sementara itu, penceramah bebas Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek turut menceritakan kebaikan arwah Abam yang ketika hayatnya suka bersedekah, mendekati ilmuan agama dan taat kepada ibunya.

“Banyak pengajaran dapat diambil daripada kem4tian tiga pelawak terkenal tanah air iaitu arwah Abam, Mr Os dan Pak Yus.

“Ketiga-tiga mereka adalah pelawak tetapi ada kebaikan mereka disembunyikan ketika hayat yang ramai orang tidak tahu.

“Sempat juga beberapa tahun lepas saya solat jen4zah untuk arwh Mr Os, saya menguruskan jen4zah dia sangat mudah dan begitu juga arw4h Pak Yus kerana mereka ini suka bersedekah.

“Sedekah adalah jalan paling mudah ke syurga asalkan ikhlas kerana Allah.

“Ini kerana sebelum sedekah sampai kepada penerima, sedekah itu sampai dulu kepada Allah, itulah ‘power’ bersedekah dan apa yang berlaku kepada arw4h Abam adalah dia juga suka bersedekah,” katanya.

Pengerusi Skuad Pengurusan Jenaz4h Malaysia Muhammad Rafieudin Zainal Rasid berkata, sepanjang menguruskan jenazh arwh Abam, banyak kisah kebaikan yang didengari mengenai arwh.

“Arwh Abam dikatakan anak yang cukup taat pada ibunya dan selalu bantu adiknya.

“Lautan manusia memenuhi segenap penjuru Masjid Gombak Utara sedangkan Abam Bocey bukan seorang ulama atau tokoh politik disegani ramai.

“Arwah hanyalah seorang penghibur yang berjaya mendapat tempat di hati kita semua.

“Paling mengharukan di sebelah rumah arw4h, ada sebuah madrasah tahfiz dan arwah dikatakan antara penyumbang tegar madrasah dan masjid di situ.

“Ketika saya mewudukkan jenzah arwh, kelihatan seri di wajahnya. Allahuakbar. Sungguh hebat insan ‘biasa-biasa’ ini,” katanya.

Menurutnya, solat jenazah Abam juga dihadiri ramai ulama dan asatizah serta sepanjang hari cuaca mendung sejak pagi seolah hari hendak hujan dan mentari tidak menampakkan cahayanya.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sinar Viral Press

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Rojak Media

Sumber : Kisahkini

Be the first to comment on "Komen Acey bila kata ada wanita bwk anak Merayu nak Ziarah Arwh Abam jam 10:30 mlm"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*