“Please…”- Achey harap semua bantu dengan mendengar lagu Abam di Youtube

Perginya Syed Umar Syed Mohd Ridzuan atau sangat sinonim dengan panggilan Abam Bocey yang telah pergi buat selamanya pada semalam telah memberikan kesan sangat mendalam buat ramai.

Bahkan tidak hanya ahli keluarga sedih namun rakan selebriti turut berduka dengan pemergian seorang pelawak yang bukan calang-calang bakatnya yang mampu membuatkan ramai tertawa.

Apa yang menjadi perhatian setelah berita pemergiaan Abam tersebar juga adalah kesedihan yang tidak dapat ditahan oleh dua rakan karibnya, Achey dan Fad.

lagu Abam di youtube

Fad walau bagaimanapun telah dimaklumkan tidak dapat bertemu Abam semalam kerana berada di Jepun namun menerusi Instagram dapat dilihat dia juga sangat sedih kerana perginya rakan karib buat selamanya.

“Ya Allah ampuni dia…”

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ya Allah,ampuni dia,Kau rahmati dia ya Allah,mudah kan urusan dia ya Allah..maafkan aku sahabat

A post shared by FAD & SYAHEERA (@fadbocey) on

“Mudah dan hebat…”

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Mudah dan hebat bahagian kau bam,ramai yg sygkan kau apetah lagi aku,kalau nk dihurai perasaan ni,terlalu banyak sahabat..Insyaallah esok aku ziarah kau ye..Assalammualaikum,Al Fatihah SYED UMAR MOKHTAR🤲🏻😔

A post shared by FAD & SYAHEERA (@fadbocey) on

Menjenguk kelaman Instagram milik Achey pula selain dapat diperhatikan betapa sedihnya Achey namun dia sempat berkongsikan karya Abam agar semua dapat turut bersama-sama membantu.

 

“Sikasih… apa itu?? Cari di YouTube apa Abam tinggalkan untuk kita…

please dengarkan naikkan view dan hasilnya untuk tanggungjawap yang dia tinggalkan…

iringilah dengan doa anda untuknya…,” ujar Achey menerusi posting.

 

Achey menyeru untuk orang ramai agar mendengar satu lagu nyanyian daripada rakan karibnya menerusi laman Youtube.

 

Sumber: Instagram, Futuremusic Entertainment

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sinar Viral Press

Be the first to comment on "“Please…”- Achey harap semua bantu dengan mendengar lagu Abam di Youtube"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*