“Aku minta maaf tak dapat tengok kau buat kali terakhir” – Fad, Achey gagal kawal emosi, menangis kehilangan Abam Bocey

Fad dan Achey gagal kawal emosi..

PEMERGIAN mengejut Allahy4rham Abam atau Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, pada pagi Isnin memberi tamparan buat dua anggota kumpulan Bocey iaitu Fad dan Achey.

Fad meluahkan perasaan sedih dan terkilan apabila tidak dapat menziarahi pengkebumian pelawak itu kerana sedang bercuti di Jepun. 

“Aku minta maaf tak dapat tengok kau buat kali terakhir… maafkan aku.

“Ya Allah kau ampunilah dia, rahm4tilah dia, mudahkan urusan dia. Maafkan aku sahabat,” tulisnya.

Tinggal kenangan… Abam Bocey meningg4l dunia pagi Isnin.

Fad menerusi sebuah video tidak dapat menahan sebak apabila memaklumkan pemergian Allahy4rham di Instagram miliknya pagi Isnin.

Allahy4rham Abam meningg4l dunia di kediamannya di Gombak selepas mengalami demam panas sejak dua hari lalu.

“Allahhuakbar… kenapa kau pergi dulu Bam? Kenapa tak tunggu aku, aku jauh ni, aku nak peluk cium kau,” ujarnya.

 

‘Allahhuakbar… kenapa kau pergi dulu Bam? Kenapa tak tunggu aku, aku jauh ni, aku nak peluk cium kau.’

FAD BOCEY

PELAWAK

Sementara itu, Achey turut kelihatan menangis apabila berkongsi tentang berita kehilangan itu.

“Kenapa awal sangat Bam… mana janji kau!” tulisnya.

Jenazah Allahyarham dimandikan di rumah sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pasu, Gombak selepas solat Asar.

Allahyarham meningg4lkan seorang isteri Nor Hidayah seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey yang kini berusia lima bulan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sinar Viral Press

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment on "“Aku minta maaf tak dapat tengok kau buat kali terakhir” – Fad, Achey gagal kawal emosi, menangis kehilangan Abam Bocey"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*