“Dah La Tak Cerdik, Degil Pula” Fynn Jamal Dikec@m Beri Nasihat Kasar Kepada Remaja Bermasalah

NAMA penyanyi Fynn Jamal menjadi trending di Twitter gara-gara tindakannya membalas mesej seorang remaja di Instagram.

Menerusi paparan skrin mesej perbualan antara mereka, Fynn memberi nasihat dengan cara k4sar dan turut menggelar individu itu kurang cerdik selepas mengadu dirinya dikongkong ibu bapa.

“Agungkan sangat kawan-kawan. Mak bapa juga yang salah. Dah la tak cerdik, degil pula. Konon pandai jaga diri. Duit pun mak bapa bagi.

Fynn sudah memadam paparan skrin mesej dia dengan remaja bermasalah.

“Tengok respon saja tahu dah kenapa mak bapa strict dengan kau,” kata Fyn yang membalas mesej individu itu.

Rata-rata netizen yang berkongsi paparan skrin itu meluahkan rasa kurang senang dengan cara berkenaan yang dianggap menambah tekanan kepada remaja tersebut.

“Saya sangat menyampah dan marah dengan cara Fynn Jamal balas kepada individu itu. Dia boleh beri nasihat baik-baik tetapi sudah tentu dia tidak mahu, dia fikir dengan beri komen kasar akan buat orang menjadi lebih baik. Sangat gila.

 

“Tengok respon saja tahu dah kenapa mak bapa strict dengan kau.”

FYNN JAMAL

PENYANYI

 

“Hormat Fynn Jamal sebagai penyair. Saya sangat kecewa. Maaf tapi anda adalah toksik. Anda rasa Nabi akan gembira dengan cara anda? Buat baik pada satu sama lain.

“Fynn Jamal selalu bercakap mengenai kekeluargaan. Menjadi ibu bapa yang terbaik. Tapi selalu juga lupa, orang yang dia kutuk itu anak seseorang,” kata beberapa netizen.

Bagaimanapun, tinjauan mendapat Fynn sudah memadam paparan skrin yang dimuat naik di Instagram yang dikongsikan pada Sabtu.

Dalam pada itu, ada juga segelintir netizen yang mempertahankan Fynn dan menganggap jawapan yang diberikan sama seperti seorang ibu menasihati anak.

Antara komen netizen yang tidak bersetuju dengan cara Fynn.

“Kenapa semua orang marah dengan Fynn Jamal? Saya seorang ibu dan mempunyai anak perempuan. Saya rasa Fynn hanya balas sebagai wakil ibu bapa. Sebagai ibu-bapa muslim, memang kasar tapi ada sebab.

“Sebenarnya Fynn Jamal sekadar nak nasihat, tapi mungkin cara dia macam terlalu berterus-terang sangat. Sebab itu bunyi macam kasar tapi saya setuju dengan dia walaupun saya bukan seorang ibu tapi ibu saya akan buat perkara yang sama,” kata netizen.

Sebelum ini, Fynn pernah ditegur pend4kwa bebas dikenali sebagai Musytaq Al-Ashari gara-gara menjawab beberapa persoalan berkaitan agama yang did4kwa meragukan.

Sumber : mStar/Rose Merah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sinar Viral Press

 

Be the first to comment on "“Dah La Tak Cerdik, Degil Pula” Fynn Jamal Dikec@m Beri Nasihat Kasar Kepada Remaja Bermasalah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*