Sementara Teruk Kena Hentam, Sajat Di Lihat Tenang Memberi Sedekah Makan Di Kota Suci.

Mengemas kini akaun Intagramnya dengan memuat naik video sedang memberi makanan kepada para jemaah yang berada di Tanah Suci, usahawan kontroversi, Nur Sajat akui tenang berada di sana.

Menerusi video berdurasi dua minit itu, Sajat yang mengenakan telekung berwarna hitam sedang membahagikan makanan dan minuman kepada orang ramai.

“Fi Sabilillah Sadaqah Jariah di Kota Makkah.

“Saya tenang disini, kalau boleh nak sentiasa berada di sini, jika banyak lagi masa, hari hari Sajat nak bagi macam ni, Insyaallah.

“Untuk melihat lebih lanjut lebih menarik boleh lihat di Channel Youtube Sajat Perempuan & anda boleh lihat lebih lagi apa yang sajat buat di Kota Makkah & Kota Madinah,” tulisnya.

Terdahulu, tindakan usahawan itu telah menimbulkan rasa kurang senang ramai pihak apabila dia mengenakan telekung selain dilihat memasuki tempat solat wanita ketika menunaikan umrah.

Dalam perkembangan lain, hasil pertemuan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) setakat ini mendapati Nur Sajat atau Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman didaftarkan sebagai lelaki.

Sementara itu, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, berdasarkan maklumat pengesahan daftar kad pengenalan penama yang diperoleh melalui JPN, nama yang tertera adalah Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman.

Rakaman penuh video

Video / Foto : Instagram Nur Sajat, Harian Metro

Be the first to comment on "Sementara Teruk Kena Hentam, Sajat Di Lihat Tenang Memberi Sedekah Makan Di Kota Suci."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*