“Nampak makcik ni jalan trhuyung hayang, nak biarkn rasa tak sedap hatii pulak” Laki ni K0ngsi Kisah Yg Menyedarkn Brtapa Perlu Utk Berkhidmat Kpd Ibu Bapa

Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih​

Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Dalam hidup ini, tiada apa yang lebih membahagiakan bagi kedua ibu bapa jika ada anak anaknya yang ambil berat tentang mereka.

Begitu juga buat anak anak, cita cita mereka semestinya adalah untuk berbakti kepada kedua ibu bapa. Selain dari berbakti, anak mana yang tidak mahu bahagikan kedua ibu bapa. Namun, mungkin atas kekangan tertentu, ada yang tidak dapat berbuat demikian.

Duduk berjauhan dan mungkin sudah ada keluarga sendiri membuatkan sesetengah antara mereka jarang untuk menjenguk ibu mahupun ayah yang berada di kampung.

Baru baru ini, telah dikongsikan satu kisah, bagaimana seorang lelaki ini telah terserempak dengan seorang makcik tua yang sedang jalan keseorangan sambil menjinjing beberapa plastik beg.

Melihat kepada keadaan makcik tersebut yang berjalan dengan keadaan terhuyung hayang membuatkan lelaki bernama Aizat ini bertindak untuk mengekori di belakang makcik itu.

Sampai satu ketika timbul rasa tidak senang hatii untuk hanya membiarkan sahaja makcik ini seorang diri lantas dia memberhentikan kenderaan dan membenarkan makcik ini tumpang kenderaan yang dibawa Aizat.

Dalam perjalanan makcik ini ceritakan sedikit sebanyak tentang diri dia yang membuatkan Aizat teringat kembali kepada kedua ayah dan ibunya yang telah tiada.

Ikuti perkongsian dari Aizat ini di bawah. Moga ada pengajaran yang boleh diambil. Untuk makluman, kami memilih untuk tutup identiti makcik dan Aizat dan biarlah kisah ini menjadi tauladan buat kita semua yang masih ada ibu ayah

“Aku terjumpa makcik ni dia mintak tumpangkan dia balik rumah. Apa yang aku nak cerita bukan nak tunjuk aku baik tapi nak share biar jadi pengajaran untuk semua.”

Aku jumpa makcik dekat jalan besar menghala johbase. Dari jauh nampak dia nak p1tam. Terhuyung hayang berjalan sambil bawak barang barang rumah. Dalam plastik tu aku nampak biskut kering dengan teh serbuk. So aku follow slow belakang dia tkut jadi apa apa.

Dalam ot4k nak biarkan je makcik ni. Bukan masalah aku kan. Tapi h4ti ni tk sampai haati nak biar. So aku stop aku tanya makcik nak pergi mana. Dia cakap dia nak balik rumah dekat yap tau sah. Aku tak cakap banyak suruh dia naik lori aku.

Dalam perjalanan tu makcik ni cerita lah kenapa apa terjadi. Makcik tu cakap dia tak sihat dah 2 hari tapi terpaksa jugak kerja. Makcik ni kerja basuh pinggan je dekat bandar dekat dengan flat. Gaji pon rm20 sehari. Aku nak hantar dia pergi hospital dia cakap taknak.

So dia mintak aku belikan minyak cap kapak je. Time nk turun pegi kedai dia hulur aku duit rm20 sekeping duit gaji dia harini. Ya Allah sed1hnya. Aku cakap takpe la makcik. Dia seboleh boleh nak bagi aku duit tu. Lepas beli aku bagi dia. Dia tak berhenti cakap terima kasih.

Dia cakap cukup lah dengan minyak kapak ni makcik berubat. Esok elok la ni. Aku tanya la kat makcik tu. Anak takde ke makcik. Dia cakap ada sorang. Tapi perempuan. Dia macam berat nak cerita kat aku. Aku pon diam jela. Tapi lama jugak dia diam. Baru dia start cerita.

Anak perempuan dia ni dah berkahw1n. Tapi tak pernah tengok dia kat rumah. So basically makcik ni hidup sorang. Makcik tu cakap rumah anak dia dekat kluang jugak. Tapi dia taknak datang sana sebab taknak kacau anak dia dengan suami dia.

Dia cerita yang bil air rumah dia duduk sekarang baru kena p0tong. Sampai roundabout yap tau sah aku tanya mana rumah makcik. Dia cakap rumah dia dekat jalan sawi tapi dekat hujung sungai. Dalam haati aku. Mana ada rumah dekat situ.

So dia tunjuk la jalan rumah dia. Memang hujung sungai eh rumah dia. Jalan boleh muat 1 lori aku je ni haa. Makcik tu cakap ni rumah pprt. Sampai dekat jambatan je boleh muat lori aku. Aku tak dapat hantar makcik ni sampai rumah dia.

Makcik tu cakap takpe. Sampai sini pon dah ckup. Dia berterima kasih dengan aku sepanjang perjalanan tu. Aku nak hulur duit dekat makcik ni. Dia tolak. Dia yang nak bagi duit kat aku ada laa. Haha semoga dipermudahkan urusan ye makcik. Aminn.

This is first time aku sendiri jumpa orang macamni. Selalu aku tengok dalam drama tv je hidup macam makcik ni. Tapi Allah nak tunjuk dekat aku. Aku bersyukur sebab walaupun aku dah takde mak ayah. Dapat bantu makcik tu pon dah lega.

So hargailah mak ayah korang ye. Jangan time claim harta baru korang sibuk nak balik rumah tengok mereka. Doakan jugak dekat arwh mama dan papa aku. Al fatihah untuk semua. Yang baik datang dari Allah. Yang bvruk datang dari manusia tu sendiri. Wallahualam.

Sumber Twitter Aizat Azroy

Moga kita semua berupaya untuk berkhidmat kepada kedua ibu bapa kita walaupun sesukar mana keadaan kita.

Buat Aizat, tahniah kerana sudi membantu biarpun makcik tersebut tidak punyai apa apa kaitan pun dengan dirinya.

Komen warganet

Sebenarnya orang kehilangan ibubapa samada yang masih hidup atau berjauhan kerana masalah berat dan juga meningg4l boleh berbakti kepada orang tua tidak kira saudara mara, sahabat ibubapa yang uzur atau tua dll. Orang muda ada segalanya bukan orang tua yang ada hanya sedikit sahaja usia, tenaga dan kesihatan lebih2 lagi sesama Islam.

Banyak terjadi cuma rezeki masing2 yang jumpa dan ikhlas membantu. Meriah aje ibubapa yg dah tua, tinggal sorang, sara hidup dengan bekerja utk sesuap nasi tanpa anak2 disisi. Jika anda berperikemanusian, terjumpa. Bantu lah tanpa harapkan bayaran.

Sumber : Kisahkini

Be the first to comment on "“Nampak makcik ni jalan trhuyung hayang, nak biarkn rasa tak sedap hatii pulak” Laki ni K0ngsi Kisah Yg Menyedarkn Brtapa Perlu Utk Berkhidmat Kpd Ibu Bapa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*