0fficemate kaya ada BMW & driver, rumah besar tapi slalu balik kerja suruh aku hntar balik. Aku pelik sampai satu masa semuanya trb0ngkar bila aku buka IG.

Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih

Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Hi. Harap admin boleh publish cerita saya sebab saya penat simpan sorang2. Saya nak cerita pasal salah satu member saya dekat tempat kerja saya. Saya bekerja sebagai seorang executive dekat syarikat marketing. Dah 3 tahun kat sini. Rezeki saya kot, lepas grad je saya terus dapat keje ni.

Honestly saya suka keje dekat sini sebab environment dia best, bos memahami, jarak 5 km je dari rumah saya, paling best sebab ada colleagues yang kaki gelak sama2 dengan saya and we treat each other macam kawan baik instead of just colleagues.Tapi dalam banyak2 colleagues yang best tu, ada satu yang agak “unik”.

Takde menunjukkan dia ni someone kaya or kuat berparty. Bukan kat tempat keje je, kat luar pun sama. Berapa lama saya kenal si A ni, saya perasan dia selalu update whatsapp story pergi melancong sana sini over the weekend. Kira macam short getaway lah.

Tapi dia punya getaway ni bukan biasa2 tau. Pegi singapore, indonesia, sabah, pegi balik macam tiket harga 10 ringgit je. And dia selalu flex pasal harta yang dia ada. Ayah dia pakai kereta bmw sekali dengan driver, rumah dia ada orang gaji, makan tempat high class, macam2 lagi lah.

Semua ni dia cerita melalui whatsapp story dia. Dan ada jugak dia post dia pegi concert kat luar negara and penah post video pegi clubbing jugak. And yang paling penting, dia selalu post gambar boyfriend dia tapi dia tutup muka boyfriend dia pakai sticker hahaha.

And dalam semua story dia tu, takde satu pun yang menunjukkan dia ada dekat situ.Sebabkan A ni takde lesen, saya selalu je kena hantar dia balik walaupun tak sehala dengan rumah saya bila family dia takboleh ambik dia.Rumah dia teres biasa je.

Berapa puluh kali saya hantar dia sampai rumah (tanpa upah sebab dia takde common sense haha) tak pernah sekali pun saya nampak BMW ayah dia tu.Saya sebenarnya hairan, kenapa driver dia tu tak penah ambik dia. And kalau dia kaaaya gila macam yang dia claim, kenapa dia tak grab aje? Rumah dia bukan jauh pun?

Takat nak hantar sekali dua takpe jugak. Ini mcm rutin pulak nak hantar dia balik rumah.Nak dijadikan cerita, pada satu public holiday yang panjang, dia post story pegi negara jiran dengan boyfriend dia.

Macam biasa, takde pun gambar dia. Cuma ada gambar boyfriend dia yang ditutup dengan sticker. And dia ada attend satu concert international dan ada 4 artist yang berbeza. Artist tu semua saya kenal walaupun tak famous and saya suka lagu mereka.

Masa tu saya agak excited nak tanya experience dia sebab saya memang peminat 4 artist tu. Tapiii. Saya tergerak hati nak pegi instagram artist2 tu. Yang buat saya shocked ialah, 4 orang tu takde pun dekat negara yang dia pegi tu.

And semua ada dekat negara yang berbeza. Something was definitely fishy.So saya search lagi persamaan 4 artist tu. Rupanya diorang penah perform dekat satu event space dekat negara tu. Tapi, tarikh performance diorang berbeza2. And yang lagi pelik, 4 tarikh yang berbeza tu, 4 artist tu semua pakai baju yang sama dengan video yang A post tu. Bingo.

Sah dia meni1pu.Ini satu titik permulaan saya jadi penyiasat terhebat. Setelah saya kaji, rupanya semua gambar dan video yang dia post, 90% dia ambik dari insta orang lain. Segala percutian dia, semua adalah peni1puan semata2.

And dia ada tunjuk yang dia ada sebijik rumah yang sebesar banglo kat kawasan elit.Pernah dia s4kit, masuk hospital pun dia post dia pegi hospital private yang banyak artis malaysia pegi sebab nak menunjuk diri tu kaya.

Tapi itu semua pun dia ambik dari insta orang lain. And yang lagi hebat, boyfriend dia yang katanya kaya, mixed blood, pakai kereta tukar2, selalu bawak dia pegi melancong tu pun tak wujud. Hahaha.Tapi dia selalu post screenshot conversation dengan boyfriend dia.

Sanggup fake kan conversation sebab nak men1ipu punya pasal. Apa yang dia gain dari situ pun saya tak sure.Kalau korang nak tahu, bila kami colleagues sembang waktu lunch, dia boleh cerita macam2 dengan muka yang convincing. Pengalaman dia bercuti, cerita pasal boyfriend dia, semua macam real.

Padahal tak wujud pun semua tu. And sekarang dah nak masuk 2 tahun saya tahu semua ni tapi saya tak penah bagi tau siapa2.Saya tak boleh bayangkan macam mana reaction dia kalau dia tahu yang saya dah tahu. So saya diam jelah.

Saya ada jugak bagi dia hint supaya dia stop, tapi mungkin dia terlalu syok meni1pu or dia still nak yakinkan saya and colleagues lain or she is just plain stupid to get my hints. Kesimpulannya kat sini, tak perlu nak bagi tau semua orang yang kau tu kaya.

Kalau kau betul2 kaya, orang tengok pun dah tahu. Dengan men1ipu, kau takkan dapat apa selain malu yang besar kalau kantoi.Personally A ni baik je. Tapi tulah, saya tak boleh brain habit men1ipu dia. Sampai sekarang, apa pun yang dia cerita saya takkan pernah percaya sampai bila2.

Ok guys. Sampai disini saja. Thanks baca.

– Zack (Bukan nama sebenar) via iium confession

Antara komen ntizen :

Aubrey Joe Abdullah : dengan zaman metsos ni bersepah orang cmni dik. yg akak jumpa haritu orangnya lawo, post gambar menoreh getah pun dah cukup buat ratus2 org like dah agaknya… tapi tak tahu kenapa dia banyak men1ipu.

Start detect bila dia post psal dia nak operate kenser. and then “adik” dia ambik alih akaun dia utk post update tp xde satu pun gambar dia. yg ada pun story fb suara dia mengerang kes4kitan bserta bunyi beep2 mesin hayat dia tu tp gelap je video nya.

lepas seminggu sedar dari koma, terus boleh main piano (also video gelap) dgn sangat pro. dan lepas dua tiga minggu sedar koma dia pegi bercuti kat Australia dan Sapporo. Tapi mak ayah tak ikut, mak ayah honeymoon kat Swiss katanya

bila check, semua gambar dan video ambik yg org punya. bila tanya kenapa mcm sama dgn post kt bbm, terus hakak kena block.

Yan Yanty : Aku kena dua kali kot. Jumpe member opis camni..

1. Dia mengaku single tp da tunang. But ekceli dia janda anak 3. Kelakar bile igt blk.. Mcmane gigihnye dia meni1pu ktorg. Scam org pun byk.

2. Yg ni andartu.. Naik flight g kl.. Tp dia tulis kt ig training kt obc. Kejap kata single.. Kejap kta da tunang.. Kejap lg kata da kawin.. Pastu bini num 2. Ade byk biz dan selalu join NGO (mcm org yg sgt berpengaruh tlg sane sini) .

Tp g kl nak stay hotel.. Pinjam duit ofismate. Cume agak kritikal skit dia pny ‘buat cite’ tu sampai buatkan boss benci kt staff.. Dan staff tu terpaksa berhenti selepas 8 thn setia dgn Company. Suke melaga2kn dept2 lain. Tp boss x nampak.. Sbb boss percaya bulat2 kt dia.

Klu yg kata org mcm ni kite patut biar je selagi dia x kacau idup ko. Aku rs ko kena pk balikla.. Takut jd mcm ni. Sbb dia baik sgt dgn boss.. Aku x buka mulut. Lps dia benti baru aku cite.. Then boss marah aku sbb x cite kt dia.. Awat boss b0doh sgt x nampak? Haha.

Zanariah Ali : Mmg ada org berperangai men1ipu tentang status sebenar diri dia. Perangai mcm ni s4kit mental. Rajin awak jd penyiasat.

Alhamdulillah awak x hebohkan tentang pen1ipuan kwn awak. Selagi dia x bah4yakan diri dan org lain biarkan. Dia buat begitu kerana dia merasa bahgia.

Tlg doakan dia satu hari sedar apa yg dia buat tu. Bahgia seseorg x sama.

Amanda Panda : Kawan awk ni s4kit sebenarnya. Berkaitan dengan mental. Aku tahu sbb ada kawan sebijik mcm kawan awk ni. Bezanya kawan aku ni hanya delusional berkaitan lelaki je. Contohnya, setiap kali pegi wedding atau jalan2 mall kawan aku ni akan cakap semua lelaki pandang dia n nak raba dia walaupun reality takde sorang pun laki diri dekat dia atau pandang dia.

Part yang best dia siap bagitahu lagi laki2 tuh semua suka dekat dia walaupun reality benda tuh tak wujud Belum lagi part dia suruh aku menyamar jadi lelaki n msg dia sweet2 sbb dia nak screenshot n post dkt pesbook.

Jgn peduli org spt tu. Biarkn. asal dia xkacau kita sdh lah. Biarlh syiok sendiri(SS). So kita ini jgnlh ikut seperti tu. Org gini jenis x bersyukur n x dpt terima kenyataan kehidupannya yg sebenar

Sumber : Kisahkini

 

Be the first to comment on "0fficemate kaya ada BMW & driver, rumah besar tapi slalu balik kerja suruh aku hntar balik. Aku pelik sampai satu masa semuanya trb0ngkar bila aku buka IG."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*