[VIDEO] “Orang Tu Nak Jadi Daddy” Lelaki Ini Sebak Bila Isteri Surprise Hamiil

Bagi mereka yang baru sahaja mendirikan mahligai rumah tangga, berita mengenai kehadiran cahaya mata pastinya menjadi khabar paling gembira kerana tak lama lagi bakal bergelar ibu dan bapa. Selain menjadi penyeri perkahwinan serta melayan ragam manja si kecil, doa anak yang soleh/solehah juga amat penting apabila kita tiada kelak. Ia turut jadi lebih bermakna apabila berita tersebut disampaikan melalui kejutan daripada tersayang.

Reaksi suami bila isteri bagi surprise istimewa

Baru-baru ini, sebuah video telah menjadi viral di laman Facebook apabila memaparkan reaksi seorang lelaki apabila mendapat tahu isterinya telah berbadan dua. Detik istimewa itu dirancang sendiri oleh wanita yang bernama Ida Abdul pada semalam dan telah meraih lebih 2 ribu perkongsian setakat ini. Ketika duduk bersama di dalam kereta, dia telah memberikan sebuah kotak alat penguji kehamilan kepada suami tercinta.

“Ada orang tu nak jadi daddy..”

Terkejut dan gembira sekali gus, lelaki itu terus menutup mukanya dengan kopiah kerana segan untuk mempamerkan wajah yang sedang menangis kegembiraan. Dia turut mengucapkan terima kasih beberapa kali kepada Ida Abdul susulan pendedahan gembira ini. Menariknya, wanita itu sempat lagi mengusik suaminya kerana gagal mengawal air mata sebelum berseloroh dia bakal menjadi seorang ayah.

Nampak yang dia ni suami penyayang..

Rentetan daripada penularan video itu, ramai yang turut teruja apabila melihatkan gelagat sepasang suami isteri ini. Ada juga daripada mereka turut menyatakan bahawa itu adalah gambaran seorang suami yang sangat baik. Rata-rata meluahkan sukacita terhadap khabar kehamilan tersebut dan menceritakan tentang pengalaman masing-masing.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: FB Ida Abdul via AKU OKAY

Be the first to comment on "[VIDEO] “Orang Tu Nak Jadi Daddy” Lelaki Ini Sebak Bila Isteri Surprise Hamiil"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*